Tahniah!! Pasukan Kalam Jamaie Ke Peringkat Akhir

DUNGUN, 21 Februari : Pasukan Kalam Jamaie sekolah hari ini berjaya memasuki peringkat pertandingan  akhir Kalam Jamaie setelah berjaya menduduki tempat kedua apabila diumumkan sebentar tadi.

Menurut sumber yang diperolehi, pertandingan ini diadakan di SM Imtiaz Dungun bermula jam 10 pagi tadi. Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam zon tersebut ialah SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz K.Berang, SM Imtiaz Kemaman, SM Imtiaz Kuala terengganu dan SM Imtiaz Dungun.

laporan seterusnya akan menyusul

Projek Serlahan Bintang PMR 2013

SMIYT KTRG SBT , 20 Februari : Seramai 107 Calon PMR akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.

Justeru itu, pihak sekolah melalui Projek PMR 2013 telah mengambil inisiatif supaya pelajar tersebut beroleh kejayaan yang cemerlang. Diantaranya ialah menjadikan pelajar yang tidak mencapai target sebagai ‘Anak Angkat ‘ kepada guru yang terlibat. Majlis ini telah diadakan di dataran Imtiaz pagi tadi yang telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu.

Semoga perancangan ini akan membuahkan hasil sebaik sahaja keputusan PMR 2013 diumumkan nanti.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Program ‘Kami Cakna, We Care “

BUKIT PAYONG: Program ini merupakan satu aktiviti pelajar Imtiaz K.Trg  dengan pelajar Diploma Kejururawatan yang telah diadakan pada 16 Februari yang lalu bertempat Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Bukit Payong.

Tujuan program ini diadakan adealah untuk menunjukkan cara penyediaan makanan yang sesuai untuk warga emas. Disamping itu juga mendedahkan contoh senaman yang sesuai bagi mengimbangkan penggunaan tenaga dengan pengambilan makanan.

Ianya juga meningkatkan kualiti hidup warga emas terutamanya di Rumah Sejahtera, Taman Bahagia.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Dato’ Abdul Rahman bin Bakar, Pegawai Pembangunan Parlimen Marang.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Lawatan Dari SK Padang Hiliran K.Trg

SMIYT KTRG SBT , 19 Februari : Seramai 95 orang murid dan 6 orang guru dari Sk Padang Hiliran telah mengunjungi sekolah pagi ini.

Mereka terdiri daripada murid tahun 6 yang akan menduduki ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tidak lama lagi. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau suasana pembelajaran di sini serta melihat persekitaran sekolah.

Mereka telah dibawa melihat suasana pelajar menghafaz Al Quran di dewan dan juga di Surau disamping itu akan di bawa ke bilik kuliah bagi mendengar taklimat mengenai sekolah.

Terdahulu dari itu, rombongan tersebut telah disambut oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Setiausaha Sekolah, Cikgu Kadijah binti Che Abdullah dan juga Kaunselor serta AJK Pelajar.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI