Latihan Kawad Kaki Setiap Jumaat

Slide3SMIYT KTRG SBT , 30 Januari : Latihan Kawad kaki merupakan aktiviti mingguan yang telah diadakan pada tahun-tahun  kebelakangan ini. Ia merupakan latihan kecergasan diri yang dikendalikan oleh Encik Wan Hassan bin Wan Ibrahim, Penyelia Tugas-tugas khas yang dilantik oleh Pihak Yayasan Terengganu. Latihan ini bermula jam 7.30 – 8.30 pagi setiap jumaat minggu pelajar berada di asrama.

Hari ini tumpuan kepada pelajar tingkatan 1 yang baru menduduki asrama supaya mereka mengetahui selok belok tentang pentingnya kawad kaki ini yang merupakan aktiviti mingguan semasa pelajar berada di asrama.

Slide4Slide3Slide2Slide1

Larian Firqah 2015

Slide3SMIYT KTRG SBT , 29 Januari : Larian firqah peringkat sekolah yang diadakan hari ini penuh dengan warna warni. Setiap pelajar memakai pakaian firqah masing-masing.

Peserta lelaki dikehendaki menghabiskan larian sepanjang 8 kilometer manakala perempuan 5 kilometer. Tahniah kepada Ustaza Md Nor serta Ustaz Zakaria selaku SU Sukan kerana berjaya mengadakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua guru yang terlibat , sekalung tahniah dan syabas di atas kerjasama yang diberikan.

Berikut adalah keputusan rasmi pemenang larian firqah 2015.

Slide1

Slide2

Slide3

Slide4

Slide6Slide22Slide40Slide29Slide8Slide63Slide53

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Latihan Larian Firqah

Slide11SMIYT KTRG SBT , 27 Januari : Hari ini telah diadakan larian larian Firqah yang bermula jam 3.40 petang tadi.

Semua pelajar terlibat dalam larihan ini kecuali bagi mereka yang sakit sahaja. Latihan Larian ini telah dilepaskan oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan b Abd Ghani, Penolong Kanan HEM dan disaksikan oleh Ustaz Md Nor b Yahay, Penolong Kanan Kokurikulum.

Larian sebenar akan bermula pada hari khamis ini jam 3.30 petang.

Slide6Slide2Slide14

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Bagi Tahun 2015

Slide22SMIYT KTRG SBT : Pelajar baru tingkatan 1 bagi tahun 2015 telah mendaftar pada 15 Januari yang lalu,. Ibubapa yang ditemui rata-rata bersyukur kerana anak mereka terpilih mengikuti sesi pengajian di sekolah ini.

Begitu juga dengan pelajar baru yang kelihatan begitu tenang dan ada juga terlalu gembira di atas pemilihan mereka ke sekolah Berprestasi Tinggi ini. Mereka telah disambut mesra oleh semua guru dan kakitangan serta mengucapkan salam kepada mereka dan tahniah di atas pendaftaran pelajar baru pada tahun ini.

Pada tahun ini pengambilan pelajar tingkatan 1 adalah seramai 120 orang.

Slide10Slide27Slide47

Suasana hari pendaftaran..klik DI SINI

Minggu Suaikenal..klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.