Wan Nur Hidayah Wakili Terengganu Ke Peringkat Kebangsaan

Slide13KUALA TERENGGANU , 12 Februari : Wan Nur Hidayah binti Abdul Razak , Pelajar tingkatan 3 telah mengharumkan nama sekolah setelah ditabalkan JOHAN hafazan peringkat Negeri Terengganu kategori 1 – 10 Juzuk dalam Majlis Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Terengganu.

Beliau akan mewakili Negeri  ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Mac di Negeri Kedah.  Hadiah telah disampaikan oleh YB Encik Ghazali bin Taib , Exco Pendidikan Negeri Terengganu yang mewakili Menteri Besar Negeri Terengganu bertempat di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man malam tadi.

Bagi lelaki kategori yang sama , Aziz Abidin bin Azmi Puat pula mendapat tempat ketiga.

Tahniah dan syabas untuk anak-anak Al Fateh

 

Presiden ANGKASA Lawat Sekolah

Slide11SMIYT KTRG SBT , 12 Februari : Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia ( ANGKASA ), Datuk Abdul Fattah bin Abdullah telah melawat sekolah ini pada Ahad yang lalu. Kehadiran beliau bersama Pengerusi ANGKASA Negeri Terengganu , Mohamed Jais bin Hassan adalah bertujuan untuk melihat sendiri kemajuan koperasi sekolah kerana sekolah ini akan menjadi tuan rumah bagi program Pelancongan Koperasi Sekolah ( PKS ) Peringkat Kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada mei depan yang dijangka dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris bin Jusoh.

Pemilihan sekolah ini berdasarkan kerana koperasi sekolah antara yang terbaik diperingkat Nasional lebih-lebih lagi telah dinobatkan sebagai Pelancongan Koperasi Sekolah 7 Bintang dan terbaik kebangsaan pada 2014.

Tahniah dan syabas.

Slide5IMG-20150210-WA0102IMG-20150210-WA0105

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Exco Pendidikan Rasmi Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2015

Slide18SMIYT KTRG SBT , 10 Februari : YB Encik Ghazali bin Taib , Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan , Sains , Teknologi dan Tugas-Tugas Khas telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Semua Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2015 Seluruh SM Imtiaz Yayasan Terengganu hari ini. Ianya diadakan di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu.

Mengiringi beliau ialah Pengarah Yayasan Terengganu, Tuan Haji Mohamad bin Sulong , Encik Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Imtiaz , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Pengetua Sekolah , Pegawai-pegawai Yayasan Terengganu , Semua Pengetua SM Imtiaz Yayasan Terengganu , Ibuabapa serta guru-guru Imtiaz Yayasan Terengganu.

Tujuan program ini diadakan adalah memberi suntikan motivasi kepada diri pelajar tingkatan satu supaya gembira dan seronok berada di bumi Imtiaz. Disamping itu juga mengintegrasi pelajar tingkatan satu dari pelbagai Imtiaz supaya wujudnya ikatan silaturrahim yang kukuh dikalangan pelajar. Juga memberi penghargaan kepada peserta terbaik minggu suai kenal bagi setiap sekolah imtiaz.

Semua hadiah telah disampaikan oleh YB Encik Ghazali bin Taib.

Tahniah kepada Yayasan Terengganu amnya dan pengurusan Imtiaz khasnya kerana berjaya mengadakan program ini.

Berikut adalah senarai nama penerima Anugerah Tokoh Pelajar Terbaik Minggu Suaikenal

 

SM Imtiaz YT Besut

1. Che Muhammad Amin Safuan bin Che Zulkifli

2. Syasya Fatini binti Mohamad Izan

 

SM Imtiaz YT Kuala Berang

1. Ahmad Amirul Haziq bin Rosli

2. Nur Izzah Mahirah bt Hashim

 

SM Imtaiz YT Dungun

1. Muhammad Afkar bin Nor Alimin

2. Alya Batrisyia binti Khairul Azman

 

SM Imtiaz YT Kemaman

1. Ahmad Najmie Azmin bin Ab. Salam

2. Az Zahra binti Ali Azlan

 

SM Imtiaz YT Setiu

1. Haziq Nadzmi bin Amzi

2. Nur Aimi Nadhirah bt Mohd Haizam

 

SM Imtiaz YT Kuala Nerus

1. Ammar bin Aminuddin

2. Nur Syazni Mardhiyyah binti Amran

 

SM Imtiaz YT Kuala Terengganu

1. Muhammad Alif Haikal bin Mohd Sabri

2. Nurnajahatul Hawa binti Mohd Hisham

Slide1Slide49Slide48

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Lawatan Penanda Aras SM Islam Al Masriyah , Pulau Pinang

Slide4SMIYT KTRG SBT , 2 Februari : Seramai 34 orang guru dari SM Islam Al Masriyah , Pulau Pinang yang diketuai oleh Tuan Haji Zulkamal bin Abdullah , Pengetua sekolah telah mengunjungi sekolah ini pagi ini dalam rangka lawatan Penanda Aras.

Mereka telah disambut mesra oleh pihak pengurusan sekolah iaitu Tuan Haji Ahmad Ridhuan b Abd Ghani, Penolong Kanan HEM , Ustaz Md Nor bin Yahya , Penolong Kanan Kokurikulum , Ustaz Ridzuan b Aziz , Ketua Jabatan Al Quran dan Cikgu Saripah binti Embong.

Tetamu Sekolah ini telah dibawa ke Dewan Besar dan Surau untuk melihat pelajar menghafaz Al Quran sebelum mendengar taklimat khas mengenai pembangunan sekolah di Bilik Mesyuarat.

Slide6Slide5Slide3Slide2Slide1

 

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.