SMIYT KTRG SBT , 17 Julai : Majlis Penutup Program Khas Asasi Imtiaz 2018 telah disempurnakan oleh YB. Haji Maliaman bin Kassim , Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu yang mewakili YB. Haji Satiful Bahri ,ย Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu.
Turut mengiringi beliau ialah Ustaz Awi bin Salleh , Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam yang mewakili Pengarah JPNT , Encik Mazlan bin Che Wil , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz yang mewakili Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Md Imran bin Md Nor , Pengetua Imtiaz K.Trg selaku tuan rumah serta pengetua-pengetua Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu.
Seramai 391 pelajar tingkatan 1 terdiri daripada 6 buah sekolah Imtiaz telah menghadiri majlis tersebut.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI