Slide39SMIYT KTRG SBT , 27 Januari : Pada khamis yang lalu , satu program yang dinamakan Hari asrama telah diadakan  dan berakhir pada malam sabtu.

Ianya telah dirasmikan oleh Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani. pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingsn bola sepak,, bola tampar, bola jaring, futsal, sukaneka , jejak maklumat serta busana muslimah.

Program ini adalah bertujuan merapatkan ukhuwwah sesama ahli bilik tidak mengira usia dan darjat. Selain itu, program ini dapat menerapkan perasaan mahabbah, itqan dalam permainan yang dianjurkan. Tambahan pula, aktiviti ini dapat menaikkan semangat antara ahli firqah kerana aktiviti yang dipertandingkan ialah mengikut firqah.

Pihak pengurusan asrama merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua MPA dan MPP yang telah berjaya mengendalikan aktiviti ini.

Slide5Slide10Slide27

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI