Slide24SMIYT KTRG SBT , 25 Jun : Dengan semangat yang kental akhirnya pasukan Choral Speaking sekolah seramai 36 pelajar akhirnya  mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan Choral Speaking Sekolah Menengah Peringkat Kuala Terengganu Selatan ( KTS ) yang telah diadakan di SMKA Sheikh Abdul Malek pada 19 jun yang lalu.

Walaupun tidak layak ke peringkat seterusnya namun terpancar kepuasan di wajah peserta sekolah. Menurut ketua pasukan , Ahmad Al farabi, beliau bersama rakan-rakan yang lain merasa amat gembira sekali dan bersyukur kepada Allah atas kejayaan ini.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru pembimbing terutama Cikgu Rozila dan Cikgu Nozura yang banyak memberi motivasi dan semangat bagi menghadapi pertandingan ini.

Sebanyak 7 buah sekolah yang terlibat dengan aktiviti ini.

Berikut adalah kedudukan 3 terbaik

JOHAN – SMK SULTAN SULAIMAN

NAIB JOHAN – SMA IMTIAZ K.TRG ( lihat persembahan – VIDEO durasi 10.57)

KETIGA – SMAASZA BATU BURUK

Slide14Slide43Slide22

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI