Category: Ulul Albab

Hafazan Al-Quran Setiap Pagi

KUALA TERENGGANU, 29 Jan : Program hafazan Al-Quran merupakan aktiviti wajib bagi sekolah ini. Pada waktu persekolahan, mulai jam 7.30 hingga 9.30 pagi, guru tasmi’ akan mendengar pelajar menghafaz Al-Quran mengikut halaqah masing-masing. Ianya bertujuan untuk melihat sejauhmana pencapaian sebenar pelajar dalam menghafaz Al-Quran Ā setelah mereka mengulang bacaan di sebelah malam dan subuh.

Guru berkenaan akan mencatat helaian yang dibaca dan dihafaz.

PELANCARAN SEM KALI KE 6

KUALA TERENGGANU, 25 Jan : Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Akademik di Dewan Assyatibi petang ini yang dihadiri semua guru dan pelajar.

Terdapat 3 peringkat di dalam Schoolwide Enrichment Model ( SEM )

TYPE I

Penerokaan am untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai disiplin ilmu.

 

TYPE II

Aktiviti-aktiviti yang mengembangkan proses pemikiran secara kreatif dan kritis.

TYPE III

Aktiviti kajian / penyelidikan untuk menghasilkan produk yang bermanfaat kepada manusia sejagat.

 

 

Objektif SEM adalah:

 

  1. Mengembangkan pemikiran saintifik, kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar.
  2. Memberikan peluang kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan secara saintifik.
  3. Memupuk semangat persaingan yang positf dalam kalangan pelajar.
  4. Mendedahkan pelajar terhadap ledakan teknologi maklumat, komunikasi dan globalisasi.
Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

Muhammad Hasif Pernah Mewakili Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 11 Jan : Seorang pelajar tingkatan 1 telah memperdengarkan bacaan Al-Quran malam tadi di Dewan Assyatibi sempena malam terakhir minggu suai kenal. Beliau telah berjaya memukau pelajar lain dengan bacaan bertarannum.

Beliau ialah Muhammad Hasif bin Kamal. Dilahirkan di Terengganu. Bapanya ialah seorang guru yang mengajar di SK Padang Kemunting dalam matepalajaran Matematik dan PJK.

Semasa darjah satu lagi beliau telah memasuki kelas tarannum. Setahun selepas itu, beliau telah mendapat tempat pertama dalam Ihtifal J-Qaf Peringkat Negeri. Di Darjah 4 pula, beliau telah melayakkan diri ke MTQ Negeri Terengganu dan mendapat saguhati.

Bakat beliau begitu terserlah apabila beliau telah memwakili Negeri Terengganu dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah Rendah sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu ketika berada di darjah 5 dan 6 yang di adakan di SMKA Al-Irsyad, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kini beliau terpilih untuk meneruskan pengajian di SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Semoga beliau terus maju dalam bidang tarannum pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas

Patah Tumbuh Hilang Berganti

KUALA TERENGGANU, 7 Jan : Kalau tahun lepas, seorang pelajar asrama yang bercita-cita menjadi Imam di Masjidil Haram dengan mempunyai suara yang lunak, namun pada tahun ini, seorang lagi pelajar asrama yang mempunyai suara yang merdu dapat dikesan.

Di lahirkan di Taiping Perak. Anak sulong daripada 5 adik beradik. Beliau adalah Najib Solihin diputerakan pada 22 April 1995 oleh pasangan yang bertuah iaitu Encik Nassharuddin dan Puan Sabariah. Pada tahun 2008 hingga 2010, beliau belajar di Maahad Tahfiz Sains, Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan. Telah khatam Al-Quran 30 Juzuk ketika berusia 15 tahun. Tahun 2011, beliau telah memasuki sekolah baru iaitu SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Bercita-cita mendapat 11A+ dalam peperiksaan SPM nanti. Pernah menjadi Johan Hafazan dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sanawi Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu pada tahun 2011. Manakala tempat ketiga anjuran Jabatan pelajaran Negeri Terengganu bertempat di SMKA Sheikh Abdul Malek pada tahun yang sama.

Suara merdu dalam Bacaan Ayat Suci Al-Quran

SURAH AL FATIHAH

BACAAN AL-QURAN