Category: Ulul Albab

Hafazan Al-Quran Itqan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026

๐Ÿ—“๏ธ 14 Jun 2026
๐Ÿ“ UIAM, Gombak

Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak soleh pintar IKT, Muhammad Aliff Firdaus Bin Mohd Risham, pelajar Tingkatan 2 di atas kejayaan menjadi Johan (Kategori 5 Juzuk Lelaki) Hafazan Al Quran Itqan Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M. Didoakan semoga terus melakar nama IKT di pentas yang lebih tinggi.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026


๐Ÿ—“๏ธ 21-24 MEI 2026
๐Ÿ“ UNIVERSITI AL-SULTAN ABDULLAH AHMAD SHAH

Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Murabbi IKT, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syahir Bin Yahaya di atas kejayaan mendapat tempat ke-3 dan yang telah memberikan persembahan terbaik dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H / 2026M. Teruskan istiqamah dalam memartabatkan al-Quran sebagai panduan hidup. Semoga al-Quran sentiasa menjadi cahaya yang menerangi hati dan membawa keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

Program AI Future Innovators

Program AI Future Innovators merupakan inisiatif pemindahan ilmu yang dianjurkan oleh Penyelidik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Program ini diadakan secara khusus untuk mendedahkan para pelajar kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada konsep asas dan aplikasi di samping dapat memupuk budaya inovasi digital dengan menyediakan pelajar bagi cabaran masa hadapan melalui pemikiran komputasi dan sistem pintar.

Mahrajan Al-Quran, Nasyid & Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) KPM Peringkat Negeri Terengganu 2026/1447H

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Anak Soleh Pintar iKT:

Naib Johan Tahfiz Juzuk 1-30 (L)

MUHAMMAD HABIBURRAHMAN BIN AHMAD FUAD

Naib Johan Tahfiz Juzuk 1-30 (P)

SUFYA UMAIRAH BINTI SUKRI

Ke-3 Hafazan Surah Pilihan (P)

SHARIFAH NUR FATIMAH BINTI SYED MOHD SULONG

Saguhati Tilawah (L)

MUHAMMAD ADDIN QAYYUM BIN MOHD SUPIAN

di atas sumbangan mewakili Sekolah dan Daerah ke Peringkat Negeri.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.