Tahniah dan Syabas kepada guru-guru, terutama guru-guru Hifz al-Quran dan anak-anak Avenoir Tacenda SPM 2025 .
97 orang calon SPM 2025 telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk. Ini merupakan batch kedua khatam Al-Quran 100% selepas batch Envyctus (SPM 2024).
Terima kasih kepada ayahanda pengetua, barisan pengurusan, ibu bapa dan semua warga SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang padu.
Semoga anak-anak soleh solehah pintar Avenoir Tacenda terus cemerlang dan 12A+ menjadi milik kalian.
Qurata Riverside Resort, Kuala Ibai, 14 Okt 2025: Unit Badar dan Unit Sahsiah sekolah telah menganjurkan sebuah kem sahsiah khusus untuk pelajar Tingkatan 2 bermula hari ini. Pihak pengajur juga menjemput Ustaz Ahmad Sofwat Bin Osman dari Awken Success Trading Consultant sebagai moderator kem ini.
Berdasarkan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025 terdapat pelbagai kemahiran yang perlu diberi perhatian untuk membolehkan para pelajar berdaya saing di peringkat global. Pengurusan sahsiah pelajar di sekolah memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan memperkembangkan potensi pelajar secara optimum selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Inisiatif yang berfokus, urusan berterusan dan pencapaian berimpak dalam perkembangan sahsiah pelajar, peningkatan disipilin pelajar dapat melahirkan insan unggul serta budiman. Oleh itu, kem ini akan memfokuskan pembinaan jati diri kepada seramai 104 orang murid Tingkatan 2 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Kem yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini diharap dapat membantu meningkatkan semangat bekerja secara berpasukan dalam kalangan pelajar seterusnya bertindak secara efektif sebagai penanda aras dalam melahirkan ikon pelajar yang holistik.
Antara objektif kem ini ialah:
Membina sahsiah diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
Membentuk sebuah badan kepimpinan prohuffaz yang mampu memberi dorongan untuk membina budaya saling membantu untuk mencapai visi dan misi kepimpinan pelajar Tingkatan 2.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Masjid Terapung, Kuala Ibai, 2 Oktober 2025: Unit Penyelaras & Projek Tingkatan 3 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah merangka satu program riadhah minda untuk mengisi masa lapang dan juga untuk memupuk semangat kesukanan serta memberikan pembelajaran sepanjang hayat kepada para pelajar dengan dunia luar. Program latihan sambil belajar ini diadakan di Masjid Terapung dan Terengganu Equestrian Resort Kuala Ibai bagi semua pelajar banat Tingkatan 3. Riadah ilmiah merupakan aktiviti yang dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari. Di samping itu, ia juga dapat melatih para pelajar mendisiplinkan diri sepanjang proses latihan diadakan.
Antara objektif bagi program ini adalah:
Memberi pendedahahan kepada para pelajar asas sukan yang memberi bermanfaat.
Memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka bidang ilmu yang lain dan memberi peluang kepada mereka untuk berdikari.
Membina keseimbangan intelek, jasmani, emosi dan rohani semasa program.
Mewujudkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Program ini adalah program tahunan yg dianjurkan oleh Unit Penyelaras SEM & Inovasi sekolah untuk memberi peluang kepada setiap pelajar menghasilkan produk inovasi yang kreatif, inovatif dan mempunyai nilai komersial beserta kajian yang dapat bersaing di peringkat negeri ,kebangsaan bahkan ke persada dunia. Program SEM & inovasi sekolah merujuk kepada inisiatif untuk meningkatkan pemikiran kritis dan kreativiti pelajar, khususnya dalam bidang sains dan teknologi (STEM), melalui aktiviti luar kurikulum yang mencabar kognitif dan menyediakan pengalaman pembelajaran holistik untuk membangunkan potensi pelajar menjadi pemikir inovatif.
Program SEM & Innovation Festival Type III 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang menerusi Majlis Penutupan Perasmian yang berlangsung di Dewan Assyatibi, SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu hari ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Perpaduan Negara termasuk Pemegang Amanah Yayasan Terengganu.