Category: Ulul Albab

Hazwan , Muizuddin , Aziz Abidin Harumkan Nama Sekolah Di Peringkat Negeri

Slide1WISMA DARUL IMAN , 20 Februari : Majlis Penutup Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 18 Februari yang lalu. Sekalung tahniah kepada pelajar sekolah ini yang telah berjaya mendapat tempat Naib Johan dan ketiga dalam kategori masing-masing.

Beliau ialah Muizuddin mendapat Naib Johan bagi kategori 1 – 10 juzuk manakala Mohd Hazwan mendapat tempat ketiga 1- 30 juzuk. Semua hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said.

Terdahulu pada peringkat saringan seramai 14 pelajar telah menduduki ujian tersebut pada 9 – 10 Februari dan hanya 3 pelajar sahaja yang layak ke peringkat akhir iaitu pada 16 Februari 2014. Mereka ialah Mohd Hazwan kategori 1 – 30 juzuk , Muizuddin dan Aziz Abidin 1 – 10 juzuk.

Slide2Slide7Slide1Slide76Slide84Slide78

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Tahniah dan syabas!!!!

Shabaabul Fateh Johan Nasyid AADK Negeri Terengganu 2014

Slide53TELUK KETAPANG , 29 Januari : Setinggi tahniah dan syabas kepada pasukan nasyid sekolah yang telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan yang diadakan pagi tadi.

Pertandingan ini adalah anjuran AADK dengan kerjasama Yayaysan Terengganu , Yayasan islam terengganu dan MAIDAM sempena program Maulidur Rasul.

Ianya diadakan di Homestay Teluk Ketapang Kuala Terengganu.

Slide87Slide110Slide108

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Video Nasyid Shabaabul Fateh – sedang diproses

 

Jalinan Kasih Pelajar Tingkatan 1

Slide52SMIYT KTRRG SBT , 27 Januari : Program yang diusahakan oleh kaunseling dengan kerjasama komuniti telah berjaya diadakan di pantai Batu Buruk sebagai usaha merapatkan ukhuwwah pelajar tingkatan 1.

Ianya bertujuan agar mereka dapat merasa tanggungjawab atas kebersihan serta alam sekitar. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong royong membersih persisiran pantai dan juga pertandingan istana pasir.

Slide6Slide18Slide62

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Temuduga Bagi Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2014

Slide5SMIYT KTRG SBT , 10 Disember : Walaupun keadaan musim tengkujuh yang melanda Negeri Terengganu ketika ini, namun calon pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2014 tidak pedulikan masalah itu untuk menghadiri temuduga yang berlangsung pada hari ini.

Lebih 300 colan telah menduduki temuduga. Ianya dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Hafazan dan juga ujian bertulis serta personaliti. Ā Calon yang berjaya dalam 2 peringkat tersebut akan ditawarkan mengikuti pengajian di sekolah yang berprestij ini.

Satu taklimat khas telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Kamal, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz.

Tahniah kepada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka untuk mengikuti pembelajaran di sini bagi sesi 2014.

Slide9Slide47Slide48Slide67Slide26Slide24Slide9Slide10Slide1

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI