Category: Ulul Albab

Bakti Al Fateh

Slide14SMIYT KTRG SBT , 17 Julai : Sempena bulan yang mulia ini, pihak pengurusan sekolah telah mengambil inisiatif dengan menghulurkan sumbangan ikhlas daripada semua guru sekolah ini bagi meringankan beban golongan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar kampung di kawasan sekolah.

Seramai 10 keluarga telah menerima sumbangan ini yang berbentuk sumbangan makanan dan juga wang tunai.

Kepada semua guru, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga yang memerlukan.

Hanya Allah yang dapat membalas budi baik serta sumbangan ikhlas guru-guru semua.

Slide43Slide13Slide20Slide7Slide49Slide35

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

AL FATEH DRIVEN UMMAH

Khatam Al Quran dan Solat Hajat Di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu

Slide14KUALA TERENGGANU : 23 Jun : Satu majlis Khatam Al Quran dan Solat Hajat telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman.

Majlis ini disertai seramai 30 pelajar yangmembaca al Quran 30 juzuk serentak. Mereka terdiri  daripada pelajar tingkatan 4 dan diiringi oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin haji Uzip, Penolong Kanan Ulul Albab.

Solat maghrib , Isyak dan Solat hajat telah diimamkan oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip.

Slide2Slide8Slide1

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Shabaabul Fateh

Slide2SMIYT KTRG SBT : Nasyid merupakan salah satu acara yang dipertandingkan bagi mengharumkan nama sekolah di peringkat Daerah, Negeri mahupun Kebangsaan. Antara lain ialah Pasukan Dikir Zikir, Kompang Formasi, Choral Speaking dan banyak lagi.

Sebagai sebuah pasukan nasyid di bawah kendalian KJ Agama , Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar dan dibantu oleh penyelarasnya, Ustazah Rosni binti Jaafar, banyak pertandingan yang disertai sehingga membawa kejayaan untuk sekolah.

Pasukan nasyid  ini diberi nama SHABAABUL FATEH. Semoga pasukan nasyid terus berkembang dari masa kesemasa.

Saksikan klip video persembahan nasyid serta anugerah yang dicapai. Saksikan video ini

 VIDEO

 

Mukhayyam Arabi Tingkatan 1

Slide4RANTAU ABANG , 26 Mei : Seramai 50 orang pelajar tingkatan 1 yang terdiri daripada 25 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan telah menyertai program tersbut di D-Pengkalan Rantau Abang pada 22 – 24 baru-baru ini.

Fasilitator terdiri daripada guru arab iaitu Ustaz Soleh dan beberapa orang lagi. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip, Penolong Kanan Ulul Albab.

Slide3Slide6Slide5

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI