Category: Ulul Albab

2016 Bangkok International Intellectual Property , Invention,Innovation and Technology Exposition

2f1d37c2-e167-4e97-a960-2e0d34b9b677

BANGKOK, 2 Februari: Dr Duster with Green Cleaner terus menggegarkan pentas Antarabangsa apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan penghasilan produk di Bangkok yang bermula 2 hingga 6 Februari 2016.

Banyak Negara yang terlibat dengan membawa produk masing-masing. Antaranya ialah

  1. High Purity Silica from Organic Acid Leaching Treatment
  2. Master Cut
  3. A Novel Bio Based Rice Veevil Repellent
  4. Smart Body Wash
  5. From Waste to Wealth
  6. High Toughness Hollow Spheres
  7. Anti-Gout Standardised Extract from Baeckea Frustescens
  8. CeraDen – AgriGlass
  9. INSMART : Integrated Smart Trapper System
  10. MY NANOCFIB
  11. Modification of Cellulose from Coconut Husk for Crude Oil Spill Cleaning
  12. SENSACTION
  13. Dr Duster With Green Cleaner
  14. Once Ignore Now Hero : Novelty Polymer from Palm Oil Waste
  15. Sustainable PINAPULP from Agricultural Waste
  16. Poly Bag Made of Ecology Waste

Mudah-mudahan Team dari sekolah ini mendapat kejayaan yang berganda.

Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman telah meluangkan masa untuk sama-sama memberi kata semangat sebelum mereka berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.Turut mengiringi Team ini ialah Encik Ruslan bin Ibrahim , Penolong Kanan Pentadbiran dan Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip , Penolong Kanan Ulul Albab.

Tahniah dan syabas kepada Team Dr Duster ini yang diketuai oleh Cik Saripah binti Embong.

fe08f9b9-46df-432b-bfb6-e312db910dfdcfffa1bd-2741-43c6-9a61-e84f4151a798bfa4c919-46a9-4267-b82a-2c0b6dcc0e9ab9f394ff-5179-4038-8a68-e8a68d5f8732aab9b07a-9d99-4a30-8ae2-f7945a87d0d749210153-611b-42ff-a258-f8ecb1606cdb9903dc97-b1a9-4875-abdd-465c49a83cd99425ebde-2f3c-4636-82f1-7d28f8907ee27429fc65-0200-48f1-8782-56ada20ca6d624cebff3-7d83-4418-8dd7-e1de87105f9b4eb04c20-0ea3-4825-8755-35fb8d2b5ddd4bfe6dba-4878-42a9-b046-d27227513eb54a9bf43c-cf22-4fe2-8f90-ce04903012252dbaa5b0-38e4-4e21-a2a5-2f3b4b1ca1a9

Gotong Royong Perdana Bersama Masyarakat Kampung

Slide75SMIYT KTRG SBT,30 Januari ,Sabtu : Hari ini satu program gotong royong bersama masyarakat kampung yang merupakan program komuniti sekolah telah diadakan. Serentak dengan program gotong royong peringkat Negeri Terengganu hari ini, pihak sekolah juga mengambil kesempatan mengadakan program ini bersama masyarakat sekitar kampung bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Acara gotong royong ini melibatkan semua guru , kakitangan , pelajar dan masyarakat Kampung serta ibubapa. Tujuan gotong royong ini adalah bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes yang membawa kepada demam denggi. Lokasi pembersihan adalah di luar dan dalam kawasan sekolah yang berair seperti longkang besar dan juga kawasan yang lain seperti di kawasan pokok bunga dan sekitarnya.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat kampung serta ibubapa yang hadir bagi sama-sama bergotong royong membasmi pembiakan nyamuk aedes ini yang boleh membawa kepada kematian.

Slide100Slide89Slide84Slide80Slide68Slide60Slide48Slide101

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Halaqah Al Quran Tingkatan 1

20160119163153 (1)

SMIYT KTRG SBT, 20 Januari : Hari ini telah diadakan halaqah Al Quran tingkatan 1.

Menurut Ketua Jabatan Al Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, ujian tilawah al-quran diadakan bagi memastikan tahap penguasaan bacaan untuk tujuan penyusunan Halaqah Al-Quran yang sama rata memudahkan guru merancang aktiviti kecemerlangan hafazan.

Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

20160119163153

Pendaftaran Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2016

Slide29SMIYT KTRG SBT , 11 Januari : Pendaftaran bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 tahun 2016 telah diadakan pada pagi kelmarin.

Ianya bermula dengan sesi pendaftaran jam 8.30 pagi dan diikuti dengan sesi taklimat oleh Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman dan disusuli oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal , Penolong Kanan Ulul Albab serta Encik Ridzuan bin Aziz selaku Ketua Waden

Kelihatan ibubapa begitu teruja dengan pemilihan anak mereka bagi mengikuti sesi pembelajran di sekolah ini.

Tahniah dan syabas kepada ibubapa serta pelajar baru kerana memilih sekolah ini sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.

Slide7Slide30Slide168

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI