Category: Pentadbiran

Lafaz Ikrar

SMIYT K.TRRG SBT , 27 Januari : Puan pengetua, Ustazah Mardziah mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan perarakan sempena Maulidur Rasul 1434H kerana telah mengharumkan nama sekolah apabila mendapat tempat kedua dalam perarakan tersebut yang diadakan di Kuala Terengganu Khamis lepas.

Ucapan beliau telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh pelajar yang berada di dewan Asyatibi petang ini. Dalam majlis tersebut juga, beliau telah menerima replika cek bernilai RM 2,000 daripada ketua pasukan perarakan iaitu Adik Afif Azfar bin Mohd Fauzi yang diperolehi ketika menerima replika tersebut yang telah disampaikan oleh DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Stadium Negeri.

Dalam majlis yang sama, Puan Faidahnam binti Busu selaku Penolong Kanan Pentadbiran, telah sudi menyampaikan Aungerah Nilam dan Anugerah Ulat Buku kepada pelajar yang berjaya.

Dalam acara yang berlainan pula, satu lafaz ikrar oleh Majlis Pengawas Asrama, Majlis Pengawas Sekolah dan Ahli Nuqaba’ BADAR telah disempurnakan di hadapan semua guru dan pelajar.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Lawatan Dari SM Sains Sultan Iskandar, Mersing, Johor

SMIYT K.TRG SBT , 27 Januari : Seramai 26 guru dan PIBG SM Sains Sultan Iskandar telah melawat sekolah ini jam 9.00 pagi tadi.

Rombongan tersebut telah disambut oleh pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Kaunselor serta Setiausaha sekolah.

Mereka telah dibawa melihat pelajar membaca Al quran di dewan dan juga di surau. Kemudian mereka diberi taklimat di bilik mesyuarat dan melihat galeri sekolah.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Guru SABK Negeri Johor Selamat Tiba

KUALA TERENGGANU , 15 : Pihak Pengurusan sekolah pagi tadi telah menyambut ketibaan rombongan dari Guru-Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ) Negeri Johor. Seramai 75 orang yang terdiri daripada Pegawai Jabatan, Pengetua dan guru.

Rombongan disambut oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip, Ketua Jabatan Agama, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar, Ketua Jabatan Sains & Matematik, Puan Marhaini binti Sulaiman, Setiausaha Sekolah, Puan Che Kadijah binti Abdullah serta beberapa guru lain.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk membuat penandaarasan bagi mendapat maklumat khususnya berkait dengan pengurusan Al-Quran ย dan aktiviti yang menjadikan sekolah dan pelajar hebat dari semua segi.

Program ini adalah rentetan lawatan pertama ย Ketua Sektor Agama Negeri Johor iaitu Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdullah.

Mereka kemudian diberi taklimat khas sebelum dibawa melawat galeri sekolah.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Kursus Penghayatan Islam Berakhir Hari Ini

KUANTAN , 6 Jul : Kursus tersebut telah berakhir tengahari tadi dengan ucapan penutup puan pengetua, Ustazah Mardziah binti Abdullah.

Terdahulu dari itu, slot pagi tadi telah dimulakan dengan penceramah dari Universiti Malaysia Pahang, Ustaz Zuridan bin Daud dengan tajuk Etika Kerja Dalam Islam.

Semoga kursus ini dapat memberi semangat baru kepada semua peserta kursus dan jadikan kerja itu sebagai satu ibadah.

Gambar selanjutnya SILA KLIK