SMIYT K.TRRG SBT , 27 Januari : Puan pengetua, Ustazah Mardziah mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan perarakan sempena Maulidur Rasul 1434H kerana telah mengharumkan nama sekolah apabila mendapat tempat kedua dalam perarakan tersebut yang diadakan di Kuala Terengganu Khamis lepas.

Ucapan beliau telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh pelajar yang berada di dewan Asyatibi petang ini. Dalam majlis tersebut juga, beliau telah menerima replika cek bernilai RM 2,000 daripada ketua pasukan perarakan iaitu Adik Afif Azfar bin Mohd Fauzi yang diperolehi ketika menerima replika tersebut yang telah disampaikan oleh DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Stadium Negeri.

Dalam majlis yang sama, Puan Faidahnam binti Busu selaku Penolong Kanan Pentadbiran, telah sudi menyampaikan Aungerah Nilam dan Anugerah Ulat Buku kepada pelajar yang berjaya.

Dalam acara yang berlainan pula, satu lafaz ikrar oleh Majlis Pengawas Asrama, Majlis Pengawas Sekolah dan Ahli Nuqaba’ BADAR telah disempurnakan di hadapan semua guru dan pelajar.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI