Category: Pentadbiran

Hari Guru 2013 Disambut Meriah

Slide20SMIYT KTRG SBT , 16 Mei : Majlis sambutan Hari Guru peringkat Sekolah telah disambut dengan penuh meriah. Bermula jam 8.45 pagi tadi acara permainan untuk guru dan pelajar telah diadakan.

Kemeriahan terserlah apabila guru menunjukkan bakat yang ada untuk dipamerkan dalam acara permainan sukaneka. Gelak ketawa pelajar dan tingkah laku spontan dari guru menggamatkan lagi situasi ketika itu.

Bermula jam 11.30 pagi, acara dean telah dimulakan dengan perarakan masuk semua guru yang diraikan dan disusuli dengan nyanyian lagu Negeraku dan lagu sekolah.

Terdahulu dari itu, persembahan kompang berirama diadakan bagi mengalu-alukan ketibaan semua guru. Agak menarik persembahan tersebut. Sila klik DI SINIย untuk menyaksikan persembahan yang mempersonakan itu.

Di akhir majlis ialah penyampaian hadiah bagi acara yang diadakan. Paling mencuit hati ialah acara menyuap kek oleh Presiden dan Naib Presiden MPP kepada Puan Pengetua dan Penolong Kanan HEP. sila klik gambar selanjutnya untk melihat fhoto tersebut.

Saksikan KLIK VIDEO perarakan masuk semua guru ke dewan aSYATIBI

Slide3Slide237Slide290

Gambar selanjutnya sili klik DI SINI

 

SELAMAT HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA

1 ASPIRASI 1 AGENDA

Verifikasi Tawaran Baru Pengetua Kali Ke 3 Bagi Tahun 2012

Slide5SMIYT KTRG SBT , 14 Mei : Seramai 4 orang Jemaah Nazir telah tiba ke sekolah pagi tadi untuk menilai bagi tawaran baru pengetua bagi tahun 2012.

Mereka kemudian diberi taklimat khas oleh puan pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah di bilik galeri. Hadir sama ialah semua penolong kanan yang terdiri daripada Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEP, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penolong Kanan Kokurikulum dan Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip, Penolong Kanan Ulul Albab.

Slide1Slide2Slide3

Lawatan Penanda Aras Dari MRSM Kota Putera

Slide2SMIYT KTRG SBT , 13 Mei : Seramai 16 orang pegawai dari MRSM Kota Putera yang diketuai oleh Cikgu Omar, Timbalan Pengetua telah mengunjungi sekolah ini dan disambut oleh Pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip, Setiausaha Sekolah, Cikgu Che Kadijah binti Che Abdullah, serta penyelaras Al Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz.

Mereka ketika ini sedang berada di bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai sekolah.

Slide4Slide7Slide5Slide1Slide8Slide3

Melawat perpustakaan

Slide27Slide28Slide27

Melawat bilik SEM

Slide23Slide25Slide26

Melawat galeri

Slide41Slide39Slide40

Bergambar kenang-kenangan

Slide38

Gambar selanjutnya sili klik DI SINI

 

Lawatan dari SMK Agama Tok Bachok, Kelantan

Slide4SMIYT KTRG SBT , 9 Mei : Sebentar tadi pihak sekolah telah menerima kunjungan dari SMK Agama Tok Bachok, Kelantan.

Seramai 8 orang guru, 28 pelajar perempuan dan 7 pelajar lelaki telah disambut oleh pengurusan sekolah yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani selaku Penolong Kanan HEM, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar, Ketua Jabatan Agama serta Cikgu Kadijah binti Che Abdullah selaku setiausaha sekolah.

Rombongan tersebut diketuai oleh tuan pengetua sekolah iaitu Tuan Haji Mukhatar bin Mohd Noor serta beberapa orang guru yang lain. Ketika ini mereka telah di bawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai sekolah ini.

Mereka kemudian di bawa melawat persekitaran sekolah dan galeri.

Slide1Slide2Slide3

Mendengar taklimat

Slide1Slide5Slide8

Penyampaian cenderahati

Slide11Slide14Slide15

Melawat galeri

Slide56Slide53Slide54

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI