Category: Pentadbiran

KURSUS LADAP TEAM BUILDING 2013

Slide134KUANTAN , 29 Jun : Kursus yang dijalankan bermula 27hb yang berakhir hari ini telah memberikan semangat baru kepada semua guru, kakitangan sekolah dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

Kursus ini merupakan kursus yang amat berharga sekali kerana telah dapat mewujudkan hubungan silaturrahim yang begitu akrab dikalangan warga imtiaz Kuala Terengganu.

Keberkesanan kursus ini diterjemahkan dalam Team Building yang dikendalikan sepenuhnya oleh Konsultan yang terkenal di Pahang iaitu PERASA MANAGMENT diketuai oleh YM Raja Ismail.Ianya diadakan di Sempurna Resort, Kuantan.

Semua guru dan kakitangan berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik bagi melahirkan pelajar yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Slide28Slide129Slide272

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Video – Linangan Air Mata

Lawatan Dari SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor

Slide6SMIYT KTRG SBT , 22 Jun : Pagi ini seramai 51 pelajar yang terdiri daripada 25 pelajar lelaki , 26 pelajar perempuan dan 11 guru pengiring dari SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Selangor telah mengunjungi sekolah ini.

Rombongan ini telah disambut mesra oleh pihak pengurusan sekolah iaitu diketuai oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan HEP , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya , Setiausaha Sekolah, Cikgu Kadijah binti Abdullah serta beberapa orang guru yang lain.

Rombongan mereka diketuai oleh Puan Hamisah binti Arshad, Penolong Kanan Pentadbiran serta Pemangku PK HEP  Tuan Mohd Zaini bin Misiwan.

Ketika ini mereka dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai sekolah.

Slide2Slide7Slide8

Laporan selanjutnya akan menyusul

Lain Kali Nak Datang Lagi

Slide8SMIYT KTRG SBT , 13 Jun : Kunjungan dari Sek. Keb. Kompleks Seberang Takir pada 12hb memberi kepuasan kepada mereka apabila pihak sekolah menerima kunjungan itu.

Mereka adalah terdiri daripada guru pengiring serta 107 orang murid yang melawat sekolah ini. Mereka juga diberi taklimat ringkas mengenai pencapaian sekolah dan juga melawat persekitarannya.

Slide13Slide81Slide39

Lihat gambar menarik DI SINI

Lawatan Penanda Aras Dari SMA(A)SZA Batu Buruk

Slide11SMIYT KTRG SBT , 21 Mei : Seramai 12 orang guru yang terdiri daripada Penolong Kanan dan Ketua Bidang dari Sekolah Menengah Agama ( Atas ) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk telah mengunjungi sekolah ini 11.30 pagi tadi yang diketuai oleh Ustaz Rosdi dan juga Cikgu Zalina, Penolong Kanan HEP.

Tujuan lawatan adalah bagi melihat sistem pengurusan sekolah kerana sekolah mereka terlibat dengan verifikasi Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ). Mereka kemudian di bawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat tentang sekolah dan sebelum berangkat pulang rombongan tersebut di bawa ke bilik galeri.

Slide2Slide3Slide1Slide4Slide5Slide6Slide7Slide9Slide10

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.