Slide20SMIYT KTRG SBT , 16 Mei : Majlis sambutan Hari Guru peringkat Sekolah telah disambut dengan penuh meriah. Bermula jam 8.45 pagi tadi acara permainan untuk guru dan pelajar telah diadakan.

Kemeriahan terserlah apabila guru menunjukkan bakat yang ada untuk dipamerkan dalam acara permainan sukaneka. Gelak ketawa pelajar dan tingkah laku spontan dari guru menggamatkan lagi situasi ketika itu.

Bermula jam 11.30 pagi, acara dean telah dimulakan dengan perarakan masuk semua guru yang diraikan dan disusuli dengan nyanyian lagu Negeraku dan lagu sekolah.

Terdahulu dari itu, persembahan kompang berirama diadakan bagi mengalu-alukan ketibaan semua guru. Agak menarik persembahan tersebut. Sila klik DI SINI untuk menyaksikan persembahan yang mempersonakan itu.

Di akhir majlis ialah penyampaian hadiah bagi acara yang diadakan. Paling mencuit hati ialah acara menyuap kek oleh Presiden dan Naib Presiden MPP kepada Puan Pengetua dan Penolong Kanan HEP. sila klik gambar selanjutnya untk melihat fhoto tersebut.

Saksikan KLIK VIDEO perarakan masuk semua guru ke dewan aSYATIBI

Slide3Slide237Slide290

Gambar selanjutnya sili klik DI SINI

 

SELAMAT HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA

1 ASPIRASI 1 AGENDA