Category: Kurikulum

Solat Hajat Perdana Dan Temu Murni Percubaan PMR 2013

Slide3SMIYT KTRG SBT , 14 September : Satu majlis Temu Murni bersama ibubapa dan guru telah diadakan pagi tadi di Dewan Asyatibi.

Ramai ibubapa yang hadir pada majlis tersebut. Dalam pada masa yang sama juga , satu program Solat Hajat Perdana diadakan di Surau Tokku Pulau Manis yang dihadiri semua guru tingkatan 3, ibubapa serta dif-dif  jemputan.

Dalam majlis tersebut ucapan dimulai dengan wakil pelajar tingkatan 3 iaitu adik Azizi bin Aziz kemudian wakil daripada ibubapa disusuli dengan ucapan Bonda Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Razak bin Jusoh, Pegawai Perhubungan Sekolah dari JPN.

Berikut adalah senarai12 nama pelajar cemerlang Peperiksaan Percubaan PMR 2013

1. Nur Wafi Syamimi bt Mohd Putera 9A

2. Wan Ahmad Aizat b Wan Anuar 9A

3. Muhammad Imran b Azmi 9A

4. Muhammad Lutfil Hady b Zainol Hady 8A 1B

5. Alya Farhana bt Abd Rasid 8A 1B

6. Aziz Abidin b Azmi Puat 8A 1B

7. Nurul Jannah bt Mohd Shukri Shuhaimi 8A 1B

8. Ahmad Azizi b Aziz 8A 1B

9. Wan Fatimah Az-Zahrah bt Wan Lokman 8A 1B

10. Muhammad Nuur Afif b Mohd Amran 8A 1B

11. Nik Muhammad Amar b Nik Mohd Fadzil 8A 1B

12. Sharifah Nur Aimi Syuhada bt Syed Al-Shagaf Jamil 8A 1C

 

Gred Purata Sekolah PMR Sepanjang Tahun 2013

TOV : 2.33

OTI 1 : 2.20

OTI 2 : 2.02

PRA-TRIAL : 1.88

TRIAL : 1.69

 

Slide47Slide24Slide66Slide76Slide74Slide15

Gambar selanjutnya sili klik DI SNI

Tahniah !! KuizPetronas “Streetsmart – Lesson For Life” 2013 – Imtiaz K.Trg Tempat Ketiga

Slide5Kuala Terengganu , 11 September : Pihak pengurusan sekolah dan seluruh warganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada team Kuiz kerana telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan Kuiz Petronas “Steetsmart” – Lesson For Life” 2013 peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 4 September yang lalu yang membawa pulang wang tunai RM500.00, sijil penyertaan dan pencapaian , barangan petrosains dan tiket masuk percuma ke Petrosains.

Ianya telah diadakan di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Sebanyak 40 buah sekolah seluruh Negeri Terengganu Terengganu menyertai pertandingan ini. Peserta dari sekolah ini yang terlibat ialah terdiri daripada pelajar tingkatan 4.

  1. Muhammad Hazwan Bin Nor Azmi
  2. Abdul Hakim Bin Talib
  3. Muhammad Ikhlas Mohd Kamal

Manakala guru yang mengiringi peserta ialah Cikgu Marhaini binti Sulaiman dan Cikgu Mawati binti Selawi.

Slide1Slide3Slide2Slide4Slide6

Tahniah dan syabas kepada guru dan peserta  yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat Negeri.

Percubaan SPM Akan Berakhir Khamis Ini

Slide4SMIYT KTRG SBT , 8 September : Seramai 97 calon SPM 2013 sedang menduduki Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) yang akan berakhir pada khamis ini. Peperiksaan tersebut telah bermula pada 26 Ogos yang lalu.

Semoga calon SPM ini akan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar nanti.

Slide2Slide3Slide5Slide7Slide10Slide11Slide12

Kolaborasi Bersama Pesantren Nurul Fikri Boarding School Lembang, Bandung Indonesia

Slide239SMIYT KTRG SBT , 2 September : Seramai 12 pelajar dan 2 orang guru  terpilih bagi mengikuti program Kolaborasi bersama penuntut di Pesantren Nurul Fikri Boarding School Lembang, Bandung Indonesia baru-baru ini. Guru tersebut ialah Ustazah Zuraida dan Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani yang juga merupakan Penolong Kanan HEM.

Rombongan sekolah telah bertolak pada 28 Ogos yang lalu dan telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud seterusnya dari KLIA ke Bandung pada hari yang sama.

Mereka telah diberi pendedahan sistem pembelajaran di sana. Rombongan sekolah telah bertolak pulang pada 1 September 2013. Semoga program seumpama ini akan memberi banyak impak kepada semua pelajar yang terpilih untuk di bawa pulang bagi merealisasikan di sekolah pula. Slide1Slide55Slide126Slide194Slide222Slide229

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI