Category: Kurikulum

Pengarah Yayasan Terengganu Rasmi Pelancaran Projek PPMR dan SPM 2014

Slide8SMIYT KTRG SBT , 3 Mac : Tuan Haji Azmi bin Razik, Pengarah Yayasan Terengganu hari ini telah meluangkan masa untuk merasmikan Pelancaran Projek PPMR dan SPM 2014 yang diadakan di dewan Asyatibi.

Ketibaan beliau telah disambut oleh semua pengurusan sekolah yang diketuai oleh Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta semua Penolong Kanan dan Ketua Jabatan.

Dalam ucapan alua-aluan, puan pengetua mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir dan seterusnya merasmikan pelancaran tersebut.

Slide24Slide31Slide27Slide32 Slide90Slide34Slide38Slide42Slide54Slide63Slide66Slide74

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

AL FATEH DRIVEN UMMAH

Klinik Terapi Sains Solat

Slide36ย Seramai 8 pelajar tingkatan 5ย bersama PuanPengetua dan Puan Marhaini mengikuti Pelancaran Buku Sains Solat Dan PerasmianKlinikTerapi Sains Solat diย  Pusat Inovasi Kejuruteraan Perubatan, JabatanKejuruteraan Bio Perubatan, Universiti Malaya pada 27 – 28 Januari yang lalu.. Program ini dirasmikan oleh YB.Datoโ€™ Seri Idris Jusoh, MenteriPendidikan II.

Kajian Sains Solat ini diketuai oleh Profesor Fatimah Ibrahim.Beliau banyak membuat kajian tentang solat dan menerbitkan beberapa buku seperti Kebaikan Solat Dari Perspektif Sains,Rawatan Sakit Pinggang Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat, Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perpektif Holistik, SenamanReganganPergerakan Solat dan Solat Sebagai Terap iminda.

Kami didedahkan dengan kepentingan penjagaan kesihatan sekaligus menerangkan kebaikan bersolat dalam penjagaan kesihatan yang betul yang telah terbukti melalui alatan-alatan yang digunakan dalam kajian sains solat. Terdapat beberapa peralatan moden yang dapat membaca minda dan fungsi keseluruhan komponen dalam tubuh badan manusia di Klinik Terapi Sains Solat.

Semoga pendedahan ini dapat meningkatkan motivasi pelajar agar merealisasikan program Ulul Albab dari segi Quranik,Ijtihadik, dan Ensiklopedik sebagai cabaran dimasa akan datang.

Slide35Slide32Slide14Slide6Slide17Slide19

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Motivasi Pelajar Tingkatan 3

Slide1SMIYT KTRG SBT , 29 Januari : Program motivasi yang diadakan pada petang ini adalah untuk memberi perangsang yang membina bagi menaikkan semangat pelajar yang akan menghadapi peperiksaan nanti.

Program ini telah dikendalikan oleh Cikgu Ridzuan dari SMK Tun Telanai.

Slide1Slide2Slide3Slide4Slide5

 

Keputusan PMR 2013

Slide50SMIYT KTRG SBT , 19 Disember : Seramai 43 Calon PMR dari 107 pelajar sekolah ini telah berjaya memperolehi 9A dalam Peperiksaan PMR 2013. Menururt Puan Pengetua, pencapaian GPS juga naik iaitu 1.15 berbanding tahun lalu 1.16.

Walaubagaimanapun kedudukan di peringkat negeri sedikit menurun iaitu dari tangga ke 6 kepada tangga 8. namun tahniah dan syabas kepada semua guru PMR serta pelajar yang telah memartabatkan nama sekolah.

Semua keputusan PMR telah disampaikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Slide2Slide12Slide14Slide8Slide11Slide29

Kedudukan di peringkat Negeri

 

1. SM Sains Sultan Mahmud 1.04

2. SM Imtiaz Kuala Berang 1.09

3. SBP Integrasi Batu Rakit 1.12

4. SMK Mak Lagam 1.13

5. SMA ( A ) Sultan Zainal Abidin 1.13

6. SM Sains Hulu Terengganu 1.13

7. SM Imtiaz Dungun 1.14

8. SM Imtiaz Kuala Terengganu 1.15

9. SM Sains Dungun 1.16

10. SM Imtiaz Besut 1.18

11. SM Sains Setiu 1.18

12. SMK Tengku Mahmud 1.18

13. SMK Lembah Bidong 1.19

14. SMK Tengku Intan Zaharah 1.20

15. SM Imtiaz Kemaman 1.20

16. SMK Chukai 1.22

17. SMKA Sheikh Abdul Malek 1.24

18. SMK Sultan Sulaiman 1.26

19. SMKA Kuala Abang 1.31

20. SMKA Tok Jiring 1.33

21. SMKA Durian Guling 1.43

22. SMK Tengku Ampuan Intan 1.43

23. SMKA Nurul Ittifaq 1.49

24. SMK Dato’ Razali Ismail 1.59

25. SMA Sultan Zainal Abidin Ladang 1.60

26. SMA Khairiah 1.62

27. SMKA Wataniah 1.70

28. SMK Pelong 1.72