Category: Kokurikulum

Temasya Sukan MASMAT Zon D Bermula Hari Ini

KUALA TERENGGANU, 22 Mac : Temasya Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Agama Terengganu ( MASMAT ) bermula hari ini dan akan berakhir pada 24 Mac.  Bagi SM Imtiaz Kuala Terengganu bersama 4 buah SM Imtiaz yang lain iaitu SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Dungun, SM Imtiaz Kuala Berang dan SM Imtiaz Kemaman telah tiba jam 8 pagi ini.

Temasya kali ini mempertandingkan acara-acara padang dan juga acara dewan.

Pertandingan akan bermula jam 10 pagi ini. Kami akan sentiasa mengemaskini laman web ini bagi memaklumkan dengan segera laporan keputusan perlawanan yang akan di adakan.

Berikut adalah jadual perlawanan untuk hari ini.

10 pagi

Bola Tampar : Imtiaz Dungun X Imtiaz Kuala Berang

Bola Tampar ( P ) : Imtiaz K.Brang X Imtiaz K.Trg

Sepak Takraw ( A ) : Imtiaz K.Brg X Imtiaz Besut

Sepak Takraw ( R ) : Imtiaz Kemaman X Imtiaz K.Trg

Pingpong ( A ) Lelaki : Imtiaz Besut X Imtiaz K.Trg

Imtiaz K.Brang X Imtiaz Dungun

Pingpong ( R ) Lelaki : Imtiaz K.Trg X Imtiaz Kemaman

Imtiaz K.Brang X Imtiaz Dungun.

 

11 pagi

Bola Tampar ( L ) Imtiaz Besut X Imtiaz K.Trg

Bola Tampar ( P ) : Imtiaz Dungun X Imtiaz Besut

 

Keputusan perlawanan akan dikemaskinikan dari masa ke semasa

Gambar ketibaan peserta sukan 

Selamat Berjuang Wira dan Wiraku

KUALA TERENGGANU, 21 Mac : Petang ini satu perjumpaan khas semua pengurus, jurulatih dan peserta sukan MASMAT telah di adakan di dewan Asyatibi.

Esok 22 Mac akan bermula Pertandingan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agamat Terengganu ( MASMAT ). SM Imtiaz K.Trg telah diundi bersama empat buah SM Imtiaz lain dalam satu kumpulan iaitu bagi Zon D.

Antara acara yang akan dipertandingkan adalah bolasepak Menengah Atas & Bawah, Bola Tampar, Sepak Takraw, Pingpong, dan Bola Jaring.

Satu taklimat khas telah di adakan dimulai dengan ucapan Penolong Kanan Kokurikulum Ustaz Md Nor bin Yahya. Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah memberi kata-kata semangat untuk peserta sukan sekolah. Beliau berharap sebagai tuan rumah bagi temasya kali ini akan beroleh kejayaan dan seterusnya dapat mewakili Zon D ke peringkat Akhir yang akan berlangsung di SM Sultan Ismail Dungun nanti.

BERJUANGLAH WAHAI WIRA DAN WIRAKU, BANGKITLAH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

Futsal SM Imtiaz K.Trg KOSPINT Meriah

KUALA TERENGGANU, 10 Mac : Kejohanan futsal yang julung kali diadakan pada sebelah pagi tadi bertempat di gelanggang futsal Banggol Pak Ali telah membuktikan bahawa sekolah ini tidak pernah ketandusan aktiviti.

Semua hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah. Turut hadir sama menyaksikan pertandingan ini ialah Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya.

Dalam ucapan PK Koku, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Ramli bin Abdullah dan juga Encik Saidi bin Haji Ali yang telah banyak membantu bagi menjayakan acara ini.

Manakala dalam ucapan perasmian oleh Puan Pengetua, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah berjaya mengadakan pertandingan futsal ini. Beliau berharap kejohanan seumpama ini akan diteruskan dengan penyertaan yang lebih ramai lagi.

Dalam pertandingan ini, kumpulan yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal yang merupakan Penolong Kanan Ulul Albab telah berjaya menewaskan pasukan yang diketuai oleh Encik Hanafi. Perlawanan akhir tersebut begitu sengit sekali. Walaupun keputusan seri 3 – 3 namun kemenangan telah diberikan kepada kumpulan Tuan Haji Mohd Amin dengan 2 kemenangan dan satu seri manakala kumpulan Encik Hanafi dengan 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah.

Syabas diucapkan kepada pemain-pemain yang terdiri daipada guru dan juga kakitangan sekolah.

Lihat gambar AKSI MENARIK kejohanan futsal.

Firqah Akhlak Johan Keseluruhan Larian Imtiaz 2012

KUALA TERENGGANU, 14 Feb : Seramai 543 pelajar terlibat dalam acara larian Imtiaz ini. Walaubagaimanapun hanya 530 pelajar sahaja yang terlibat secara langsung.

Bagi kategori lelaki sejauh 5 kilometer harus menamatkan larian manakala 3 kilometer bagi kategori perempuan. Dalam acara ini , Firqah Akhlak telah mengungguli carta teratas dalam mengumpul mata keseluruhan apabila ramai peserta dari firqah berkenaan menamatkan larian dengan menduduki tempat yang teratas.

Bagi kategori Menengah Atas ( Lelaki ) Puan Pengetua telah melepaskan peserta bagi kategori pertama, disusuli dengan Penolong Kanan Akademik bagi kategori Menengah Bawah ( Lelaki ). Manakala kategori Menengah Atas( Perempuan ) Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Ulul Albab bagi kategori Menengah Bawah ( Perempuan )

Semua hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Kedudukan mata

Akhlak – 247 mata

Taqwa – 192 mata

Mahabbah – 182 mata

Zaamah – 176 mata

Itqan – 137 mata

Istiqamah – 135 mata

 

Berikut adalah keutusan rasmi kedudukan peserta teratas.

Kategori Menengah Atas ( Lelaki )

JOHAN : Ahmad Zul Aiman bin Jusoh – Firqah Istiqamah – catatan masa 4.19 saat

Naib Johan : Muhammad Syauqi Hanif bin Zakaria – Firqah Mahabbah – catatan masa 4.21 saat

Ketiga : Muhammad Sirajuddin Farhan b Mohamad Hamdan – Firqah Mahabbah – catatan masa 4.23 saat

 

Kategori Menengah Bawah ( Lelaki )

JOHAN : Mohammad Aiman bin Ramli – Firqah Itqan – catatan masa 4.25 saat

Naib Johan : Mohd Hazim b Mohd Fadzir – Firqah Taqwa – catatan masa 4.25 saat

Ketiga : Mohd Syakir Arman b Mohd Zaki – Firqah Taqwa – catatan masa 4.31 saat

 

Kategori Menengah Atas ( Perempuan )

JOHAN : Nur Hashimah binti Mohamad – Firqah Akhlak – catatan masa 4.25 saat

Naib Johan : Aidura binti Samsudin – Firqah Zaamah-catatan masa 4.27 saat

Ketiga : Nur Nadia Natasha binti Zakaria – Firqah Akhlak – catatan masa 4.28 saat

 

Kategori Menegah Bawah ( Perempuan )

JOHAN : Nur Aisya binti Abdul Aziz – Firqah Taqwa – catatan masa 4.23 saat

Naib Johan : Nurul Akmal binti Abdul Malek – Firqah Mahabbah – catatan masa 4.25 saat

Ketiga : Laili Nurina binti Abdul Halim – Firqah Zaamah – catatan masa 4.26

 

Tahniah dan syabas

Sila klik DI SINI untuk melihat peserta yang menang