KUALA TERENGGANU, 10 Mac : Kejohanan futsal yang julung kali diadakan pada sebelah pagi tadi bertempat di gelanggang futsal Banggol Pak Ali telah membuktikan bahawa sekolah ini tidak pernah ketandusan aktiviti.

Semua hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah. Turut hadir sama menyaksikan pertandingan ini ialah Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya.

Dalam ucapan PK Koku, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Ramli bin Abdullah dan juga Encik Saidi bin Haji Ali yang telah banyak membantu bagi menjayakan acara ini.

Manakala dalam ucapan perasmian oleh Puan Pengetua, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah berjaya mengadakan pertandingan futsal ini. Beliau berharap kejohanan seumpama ini akan diteruskan dengan penyertaan yang lebih ramai lagi.

Dalam pertandingan ini, kumpulan yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal yang merupakan Penolong Kanan Ulul Albab telah berjaya menewaskan pasukan yang diketuai oleh Encik Hanafi. Perlawanan akhir tersebut begitu sengit sekali. Walaupun keputusan seri 3 – 3 namun kemenangan telah diberikan kepada kumpulan Tuan Haji Mohd Amin dengan 2 kemenangan dan satu seri manakala kumpulan Encik Hanafi dengan 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah.

Syabas diucapkan kepada pemain-pemain yang terdiri daipada guru dan juga kakitangan sekolah.

Lihat gambar AKSI MENARIK kejohanan futsal.