Category: Hal Ehwal Murid

Program Immersion Kecemerlangan 2025

Program Immersion Kecemerlangan Tingkatan 4 ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah dan teknik pembelajaran dalam setiap subjek yang diajar seterusnya mengaplikasikan pengalaman dan pemahaman tersebut dalam pembelajaran di sekolah sendiri. Perkongsian ilmu ini berlangsung selama 5 hari yang melibatkan di antara 8 orang pelajar SEMSAS dan 5 orang pelajar Tingkatan 4 daripada sekolah ini

Objektif bagi program ini adalah:

1️⃣ Supaya murid dapat menerokai kelebihan yang terdapat di sekolah yang dilawati dan mengaplikasikannya di sekolah sendiri.
2️⃣ Memberi ruang dan peluang kepada murid meningkatkan akademik melalui pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.
3️⃣ Supaya murid dapat berkongsi kelebihan yang diperoleh sepanjang belajar bersama murid di sekolah lain.

Majlis Watikah Pelantikan Badan Pengawas Asrama

Ahad, 13 Julai 2025 : Watikah perlantikan Badan Pengawas Asrama telah dirasmikan oleh Pengetua sekolah, Ustaz Md. Imran bin Md Nor di Dewan Asyatibi.
Beliau telah diiringi oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM seta guru-guru warden asrama.

Tujuan pelantikan badan pengawas asrama adalah untuk melantik pemimpin pelajar yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam membantu menjaga disiplin, ketenteraman, dan kebajikan penghuni asrama. Badan pengawas ini juga berfungsi sebagai contoh teladan kepada pelajar lain, serta membantu pihak sekolah dalam melaksanakan peraturan dan aktiviti di asrama. 

Galeri gambar boleh layari DI SINI.

Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Murid (MPM) 2025

Program “Kem Kepimpinan MPM 2025” telah diadakan selama 3 hari berturut-turut yang melibatkan 155 orang ahli MPM bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 4 (77 banin dan 78 banat). Kem ini merupakan anjuran Unit MPM dan HEM yang bertempat di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dan Taman Rekreasi Bukit Besar, Kuala Terengganu. Kem kepimpinan bertujuan untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Program ini juga bertujuan untuk melatih, mendedahkan dan melahirkan pemimpin-pemimpin sekolah yang mempunyai jati diri, semangat kerja berpasukan dan asertif diri yang tinggi.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

#WeLoveiKT
#iKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo.1

Selamat Datang TV AlHijrah ke TV Huffaz IKT

Pada 26 Jun 2025 (Khamis), Pembaca Berita TV Al- Hijrah, En. Wan Kamaruddin bin Wan Ibrahim telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu untuk membuat rakaman aktiviti pelajar sekitar kawasan asrama, balai quran dan juga bangunan akademik di sekolah. Rakaman telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi. Wartawan TV Huffaz IKT turut bersama-sama En. Wan Kamarudin ketika rakaman berlangsung dan semoga dengan perkongsian pengalaman serta ilmu yang dikongsi bersama wartawan yang dikenali itu dapat melahirkan lebih ramai wartawan cilik yang berkaliber serta dapat mengharumkan lagi nama sekolah kita. Di samping itu, semoga dengan rakaman daripada pihak TV Al-Hijrah dapat sedikit sebanyak memberi manfaat serta pengetahuan kepada pihak luar tentang sekolah ini.

Rakaman video dan galeri gambar boleh layari laman Facebook dan Tiktok rasmi sekolah.