
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Sesi Bengkel Pemerkasaan Professional Learning Community (PLC) bagi Ketua Panitia tahun 2026 bertujuan untuk memantapkan peranan ketua panitia sebagai peneraju instruksional di sekolah. Bengkel ini bukan sekadar ruang perbincangan, tetapi medan memperteguh komitmen dan iltizam guru dalam melahirkan generasi pelajar yang cemerlang, berilmu dan berakhlak. Semoga setiap ilmu yang dikongsi menjadi benih kebaikan yang terus subur, demi kecemerlangan pendidikan pada masa hadapan.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Pihak Yayasan Terengganu telah menganjurkan majlis ini di Camellia Ballroom, Hotel Paya Bunga yang mana majlis ini dihadiri oleh 200 orang pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu dari seluruh daerah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Shah bin Muhamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu.
Inisiatif murni ini berjaya menyantuni seramai 362 orang pelajar secara keseluruhan, sekaligus membuktikan komitmen jitu dalam menjaga kebajikan anak-anak ini di bulan yang mulia. Semoga usaha di penghujung Ramadan ini memberikan sinar kegembiraan buat mereka, sekali gus menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi teknokrat yang bertaqwa dan hebat pada masa hadapan.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Selamat datang dan selamat menempuh alam sekolah menengah kepada semua pelajar Tingkatan 1.
Semoga perjalanan putera dan puteri baharu iKT dipenuhi dengan kejayaan, pengalaman bermakna serta pembentukan sahsiah terpuji, seiring kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.