Category: Asrama

Latihan Kawad Mingguan

KUALA TERENGGANU, 27 Jan : Setiap minggu latihan kawad kaki telah diadakan di dataran SM Imtiaz K.Trg. Ianya diadakan selama 2 jam yang bermula jam 7.30 hingga 8.30 pagi bagi pelajar perempuan manakala 8.30 hingga 9.30 pagi bagi pelajar lelaki.

Latihan kawad ini telah dipantau dan dilatih oleh seorang petugas khas iaitu Encik Wan Hassan bin Wan Ibrahim iaitu bekas jurulatih dari PLKN.

Pelajar Pulang Ke Kampung

KUALA TERENGGANU, 19 Jan : Hari ini semua pelajar pulang ke kampung sebagai balik wajib. Sempena Tahun Baru Cina, hari ahad merupakan cuti peristiwa bagi sekolah ini.

Semua pelajar dikehendaki kembali ke asrama pada petang selasa 24 Jan 2012 tidak lewat jam 6 petang.

Untuk mendapatkan Jadual balik Kampung bagi tahun 2012, sila muat turun secara percuma di ruangan MUAT TURUT PERCUMA.

Izzat farhan Kendali Kuliah Kerohanian

KUALA TERENGGANU, 13 Jan : Program Kuliah Kerohanian Anjuran Unit Asrama pada tahun ini diteruskan lagi sepertimana pada tahun lepas. Ianya diadakan setiap pagi jumaat mulai jam 11.30 pagi hingga 12.30 pagi minggu pelajar tidak pulang ke kampung.

Ianya bertujuan sebagai santapan rohani agar semua penghuni asrama sentiasa peka dengan keadaan semasa termasuklah menjaga tingkah laku, menjaga percakapan dan sebagainya.

Menurut Penolong Kanan Hem , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani, program seumpama ini sebenarnya dapat memberi kesedaran tentang kehidupan semasa agar tidak terikut dengan pengaruh atau budaya barat. Dengan adanya aktiviti ini, setiap pelajar akan diserapkan dengan nilai-nilai murni sesuai dengan pelajar yang sentiasa membaca Al-Quran.

Menurutnya lagi, sebagai melahirkan generasi Ulul Albab Minda Kelas Pertama, pada tahun ini penceramah akan digilirkan dengan penceramah jemputan dan juga terdiri dari kalangan pelajar sendiri. Pada hari ini seorang pelajar telah dipilih untuk member kuliah dengan menjemput Izzat Farhan bin fazri pelajar tingkatan 3.  Semasa di sekolah rendah, beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Rendah Islam Pintar di daerah Kuala Terengganu. Tajuk kuliah beliau ialah menyentuh mengenai kepentingan  memberi salam dalam kehidupan Islam serta menjaga iman supaya tidak leka dengan tipu daya pengaruh asing.

Muhammad Hasif Pernah Mewakili Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 11 Jan : Seorang pelajar tingkatan 1 telah memperdengarkan bacaan Al-Quran malam tadi di Dewan Assyatibi sempena malam terakhir minggu suai kenal. Beliau telah berjaya memukau pelajar lain dengan bacaan bertarannum.

Beliau ialah Muhammad Hasif bin Kamal. Dilahirkan di Terengganu. Bapanya ialah seorang guru yang mengajar di SK Padang Kemunting dalam matepalajaran Matematik dan PJK.

Semasa darjah satu lagi beliau telah memasuki kelas tarannum. Setahun selepas itu, beliau telah mendapat tempat pertama dalam Ihtifal J-Qaf Peringkat Negeri. Di Darjah 4 pula, beliau telah melayakkan diri ke MTQ Negeri Terengganu dan mendapat saguhati.

Bakat beliau begitu terserlah apabila beliau telah memwakili Negeri Terengganu dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah Rendah sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu ketika berada di darjah 5 dan 6 yang di adakan di SMKA Al-Irsyad, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kini beliau terpilih untuk meneruskan pengajian di SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Semoga beliau terus maju dalam bidang tarannum pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas