Category: Asrama

Program Mentor Mentee Kali Pertama 2017

223033401_222936_8512497641189380253

SMIYT KTRG SBT , 8 Januari : Program Mentor Mentee yang diadakan hari ini merupakan program kali pertama bagi tahun ini.

Program ini telah diadakan di asrama yang menerangankan tentang pentingnya menjaga kebersihan diri serta menguruskan segala pakaian agar teratur apabila menyimpan di dalam almari masing-masing.

226617308_268100_1493349788475113905226616296_269261_16861115675894372837226614525_268456_7494967914217502341226613671_269902_12062844687947855264226613665_269267_15969126527968128210226612556_268287_8138794249089117702223034045_223813_13806572291862338619223033401_222936_8512497641189380253223032815_223872_10445621276436005859223032416_223637_14440553607651534907223024974_218874_9809248157494653745223024285_219339_7325268141575092179223021192_219580_8723532968997906601226616296_269261_16861115675894372837

 

 

Taklimat Khas Pengetua Bersama Tukang Masak

852107042_4943_14928574842753938265

SMIYT KTRG SBT , 20 Oktober : Ketika ini banyak berlaku keracunan makanan terutamanya di asrama sekolah dan yang terbaru kes keracunan makanan yang berlaku di sebuah sekolah sekitar Kuala Terengganu. Justeru itu sebagai langkah berjaga-jaga , tuan Pengetua , Encik Mohd Yusuf bin Othman bersama Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani telah mengadakan perjumpaan khas bersama semua tukang masak yang juga dihadiri semua Penyelia Asrama untuk memaklumkan dan berbincang supaya bersedia melaksanakan tugas dengan baik agar tiada keracunan makanan berlaku di asrama sekolah ini.

Beliau juga menyarankan supaya berhati-hati dalam penyediaan makanan dan juga memastikan kebersihan dijaga dengan baik.

851439602_102875_18372200228086913950852106681_5229_12602106333348172345852110108_4856_15149698583274945346852107042_4943_14928574842753938265

Lawatan Berinformasi Warden Ke Asrama SMK Bukit Sawa

slide3SMK BUKIT SAWA , 16 Oktober : Semua warden asrama imtiaz K.Trg hari ini telah mengadakan lawatan berinformasi ke Asrama SMK Bukit Sawa yang bertujuan untuk mendapatkan input daripada Asrama terbaik Peringkat Kebangsaan ini.

Rombongan warden ini diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan b Abd Ghani selaku Penolong Kanan HEM. Mereka telah di bawa melawat sekitar asrama dan juga dewan makan sambil bertukar-tukar pendapat dan pandangan.

Semoga dengan lawatan ini akan membuahkan hasil yang baik untuk dibawa ke Asrama imtiaz K.Trg dan memperbaiki serta mencipta sesuatu yang baru bagi keselesaan para penghuni asrama.

slide1slide1slide2slide3slide4slide1slide2slide3slide4slide1slide2slide3slide4

KPP Sektor Pendidikan Islam JPNT Berbuka Puasa Bersama Penghuni Asrama

Slide11SMIYT KTRG SBT , 28 Jun: Hari yang sungguh bermakna pada petang ini apabila Encik Zakaria bin Jusoh , KPP Sektor Pendidikan Islam JPNT meluangkan masa untuk sama-sama berbuka puasa bersama Pengurusan sekolah, Warden dan penghuni Asrama. Terdahulu dari itu beliau telah sudi menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pelajar yang dikategorikan yatim dan miskin di Dewan Asyatibi.

Tuan pengetua dan semua warden mengiringi beliau ke Dewan Aspuri untuk majlis berbuka puasa.

 

Slide12Slide17Slide15Slide14Slide13Slide12Slide10Slide9Slide8Slide7Slide6Slide5Slide4Slide3Slide2Slide1

Muat turun gambar DI SINI