KUALA TERENGGANU, 27 Feb : Pengetua Sekolah, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah petang ini telah merasmikan Pelancaran Program NILAM 2012 bertempat di dewan Asyatibi.

NILAM bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta akan budaya membaca dan budaya ilmu.

Menurut Penyelaras Program NILAM Cikgu Suryana binti Mat Husin, matlamat NILAM adalah meningkatkan kesedaran tentang program dan memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar. Di samping itu juga meningkatkan minat untuk melaksanakan NILAM dengan bersungguh-sungguh serta mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan pelajar sekolah.

Dalam ucapan Puan Pengetua, beliau mengucapkan tahniah kepada Cikgu Suryana dan juga AJK Perpustakaan kerana berjaya mengadakan program NILAM. Sebagai Sekolah Kluster kita mesti membuktikan tahap kecemerlangan pelajar boleh dicapai hingga  ke peringkat kebangsaan.Sepatutnya budaya membaca telah bermula sejak kita masih kecil lagi.Ketamadunan ilmu adalah berpunca dari membaca. Dalam negara maju hari ini, mereka menguasai ilmu pengetahuan dan akhirnya menguasai teknologi serta ekonomi.

Semasa sesi ceramah pagi tadi, beliau tertarik dengan kata-kata penceramah, untuk mencapai  anugerah NILAM bukan hanya bilangan buku yang dibaca tetapi  juga pengetahuan AM dan penguasaan banyak bahasa.

Bagi pihak sekolah,  semua guru merasakan pelajar sangat berpotensi dan kerana itulah  banyak program telah diatur seperti Guru Muda sama seperti Rakan pembaca.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.