slide56slide135slide143slide146slide160slide45SMIYT KTRG SBT , 19 Disember : Dengan penuh rasa bersyukur pada Ilahi dengan ketentuanNya , keputusan PT3 yang diumumkan hari ini telah menunjukkan peningkatan mendadak apabila seramai 77 pelajar dari 109 orang telah mendapat keputusan semua A berbanding tahun 2015 hanya 34 pelajar yang mendapat semua A.

Majlis penyerahan keputusan PT3 telah disempurnakan oleh YDP MPIBG  Tuan Haji Zulkifli bin Abu Bakar. Hadir sama dalam penyerahan tersebut ialah Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusof bin Othman , semua Penolong Kanan serta guru-guru yang terlibat.

Keputusan ini sekaligus mengungguli kedudukan teratas Gred Purata Sekolah ( GPS ) antara SM imtiaz yang lain.

SM imtiaz Kuala Terengganu mendapat GPS 1.06 , diikuti oleh SM imtiaz Besut 1.07 , SM imtiaz Dungun 1.09 , SM imtiaz Kuala Berang 1.12 dan SM imtiaz Kemaman 1.13.

Tahniah dan syabas kepada anak soleh dan solehah pintar.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI