20130613_172932SMIYT KTRG SBT , 16 Jun: dengan semangat dan usaha yang gigih akhirnya peserta sekolah telah berjaya mendapat Naib Johan dalam Kategori komodo island Pertandingan Robotik Peringkat Negegri Terengganu yang telah diadakan di SMK Padang Negara pada 13hb yang lalu sekaligus mara ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Melaka pada bulan November nanti.

Terdahulu dari itu, peserta sekolah telah menunjukkan kehebatan menggunakan robotik dapat menewaskan beberapa buah yang lain dan mendapat kedudukan yang terbaik untuk ke peringkat kebangsaan nanti.Tahniah kepada 3 orang pelajar sekolah ini yang telah mengharumkan nama sekolah ke peringkat kebangsaan. Mereka ialah Amir Fahmi bin Abdullah, Muhammad Farhan bin Othman dan Muhammad Ali bin Mansor.