Tag: spm

Amanat Dari KPP ICT Untuk Calon SPM 2012

KUALA TERENGGANU , 30 Oktober : Ketua Penolong Pengarah ICT Yayasan Terengganu, Encik Mazlan bin Che Wil telah memberi suntikan semangat berjuang dan semangat ingin berjaya kepada semua calon SPM 2012 pagi ini.

Beliau yang tiba jam 8 pagi tadi telah memberikan suntikan tersebut di bilik kuliah dengan dihadiri oleh semua calon SPM serta guru yang terlibat secara langsung dalam P&P tingkatan 5.

Kelihatan semua calon begitu tekun mendengar amanat dengan mencatat isi-isi penting yang disampaikan oleh beliau.

 

 

Amanat Terakhir Menjelang SPM 2012

KUALA TERENGGANU , 29 Oktober : Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia semakin hampir. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah terutama guru-guru yang mengajar tingkatan 5.

Antara usaha yang lain ialah Program Bicara Ilmu yang telah di adakan sebelah pagi tadi di Bilik Kuliah. Pihak sekolah telah mengundang seorang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ( JPNT ) iaitu Tuan Haji Muhammad bin Tawang. Beliau telah mewakili Tuan Haji Zuber bin Embong , Ketua Sektor Pendidikan.

Banyak ilmu yang telah diberikan oleh beliau dan semoga para pelajar dapat berusaha dengan lebih tekun dan gigih bagi mencapai matlamat yang disasarkan oleh sekolah iaitu 11A+.

Peer Coaching

KUALA TERENGGANU , 5 Ogos : Program ini telah diadakan pada 29 julai yang lalu bertempat di bilik Kuliah.

Tujuan program ini adalah untuk membimbing pelajar target dan dipantau oleh pelajar elit serta membuat study group. Sasaran dalam percubaan SPM 2012 nanti adalah sekurang-kurangnya minimum C.

Program ini telah dirasmikan oleh oleh Tuan Haji Jain bin Awang, Timbalan YDP MPIBG. Turut hadir dalam majlis tersebut Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Pengarah Projek SPM 2012, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar serta beberapa orang guru.

Majlis Penutup Perkhemahan Tingkatan 3 dan 5

TELUK KETAPANG, 16 Jun : Perasmian majlis penutup Perkhemahan Tahunan Tingkatan 3 dan 5 telah dirasmikan oleh Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Pentadbiran jam 11.30 pagi tadi.

Terdahulu dari itu satu ceramah merangsang minda telah disampaikan oleh Encik Taha dari JPNT.

Ketua pelajar lelaki dan perempuan mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan sekolah terutamanya unit kokurikulum kerana memberi mereka peluang untuk menghadiri perkhemahan ini. Mereka juga rasa amat terharu dan berjanji akan menaikkan nama sekolah dengan memberi kejayaan dalam peperiksaan PMR dan SPM 2012 nanti.

Lihat gambar penerima hadiah DI SINI