Tag: spm

Tuan Haji Talib Rasmi Majlis temu Murni PT3 dan SPM 2014

Slide1SMIYT KTRG SBT , 9 Oktober :Majlis Temu Murni dan Solat Hajat bagi PT3 dan SPM telah diadakan pada hari ini yang dirasmikan oleh Tuan Haji Talib bin Abdul Rahman AJK MPIBG yang mewakili YDP MIPBG.

Terdahulu dari itu, satu majlis temu murni telah diadakan di dua lokasi iaitu di bilik kuliah bagi PT3 dan Balai Quran bagi SPM. Solat hajat telah diadakan selepas waktu zohor dan majlis perasmian telah diadakan di dewan Asyatibi.

Semoga anak-anak al Fateh akan beroleh kejayaan dalam peperiksaan nanti.

Slide96Slide7Slide21

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

30 Hari Menjelang SPM 2014

Slide46SMIYT KTRG SBT , 2 Oktober : Menjelang 30 hari peperiksaan SPM 2014 akan diadakan , satu program khas iaitu pelancaran 30 Hari Menjelang SPM 2014 telah berlangsung pagai tadi yang dirasmikan oleh Encik Yahya bin Wahab , Pegawai Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Dalam ucapan perasmian tersebut , beliau berharap semua pelajar berkenaan dapat menumpukan penuh perhatian dalam pelajaran serta memperbanyakkan solat hajat.

Semoga pelajar akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Slide16Slide31Slide11Slide12Slide34Slide7

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kolaborasi SMA Khairiah Bersama SM Imtiaz Kuala Terengganu

Slide1SMIYT KTRG SBT , 17 Ogos : Seramai 7 orang pelajar tingkatan 5 dari SMA Khairiah telah menyertai Program Kolaborasi Jaringan Akademik yang bermula hari ini dan akan berakhir pada 20 Ogos 2014.

Semoga program ini dapat memberi suntikan baru dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan diadakan tidak lama lagi.

 

Majlis Temu Murni PT3 dan SPM 2014

Slide54SMIYT KTRG SBT , 30 Mac : Satu majlis temu murni telah diadakan pagi ini yang melibatkan semua ibubapa, guru dan pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.

Terdahulu dari itu, satu ceramah motivasi telah diadakan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Roshali bin Taha, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT )

Majlis ini diadakan adalah antara lain untuk memastikan semua pelajar mencapai target 100% A dalam semua matapelajaran, mewujudkan jalinan utuh perkongsian minda dengan semua guru matapelajaran, melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah dan akademik yang unggul untuk bersaing di peringkat glokal.

Slide58Slide17Slide15Slide62Slide10Slide8

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

AL FATEH DRIVEN UMMAH