Tag: spm 2026

Kem Kecemerlangan Kimia SPM 2026

Kem ini merupakan program akademik yang dirancang khusus untuk membantu pelajar Tingkatan 5 meningkatkan penguasaan mata pelajaran Kimia sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2026. Program ini memberi tumpuan kepada pengukuhan konsep asas, teknik menjawab soalan, analisis topik penting, serta latihan berfokus berdasarkan format peperiksaan semasa.

Diharapkan melalui penyertaan dalam Kem Kecemerlangan Kimia SPM 2026, para pelajar dapat mencapai keputusan yang cemerlang serta mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan saintifik untuk masa hadapan.

Kem Pemantapan Asas Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 4

Kem Pemantapan Asas Matematik Tambahan bagi pelajar Tingkatan 4 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 April bermula pada pukul 8.00pg sehingga 5.00ptg bertempat di Dewan As-Syatibi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu.

Inisiatif anjuran PPD Kuala Terengganu ini memberi penekanan kepada pengukuhan asas Matematik Tambahan, sekaligus membantu pelajar membina kefahaman yang lebih kukuh sebagai persediaan awal ke arah SPM 2026.

Peluncuran Majlis Semarak Gemilang SPM 2026

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mempersiapkan calon SPM 2026 di mana pelbagai siri program kecemerlangan akademik bakal diadakan bagi tujuan itu.

Pada hari ini, program Penyerahan Anak Angkat kepada guru SPM adalah inisiatif bimbingan strategik di mana pelajar calon SPM dipasangkan dengan guru pembimbing (mentor) untuk mendapatkan bimbingan akademik, motivasi, dan pemantauan prestasi secara peribadi. Ia bertujuan meningkatkan pencapaian akademik, menyokong keperluan emosi, dan memastikan kesediaan pelajar menghadapi peperiksaan.

Selain itu juga pelantikan Guru Muda yang berperanan membantu rakan sebaya dalam pembelajaran. Usaha ini diharap dapat melahirkan pelajar yang lebih berfokus, berdisiplin dan bersedia menghadapi SPM dengan cemerlang.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.