Tag: senamrobik

Program Transisi & Pembentukan Karakter Pelajar: Senamrobik

Waktu pagi hari ke-5 minggu transisi, aktiviti senamrobik secara beramai-ramai melibatkan semua guru dan pelajar telah diadakan di perkarangan dataran sekolah. Objektif aktiviti ini adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang cergas dan sihat serta membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Disamping itu, aktiviti ini juga dapat membina keyakinan diri pelajar supaya yakin untuk melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

Galeri gambar dan video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Program Senamrobik Anjuran Persatuan Puteri Islam ( PPIM )

KUALA TERENGGANU , 27 Mac : Program ini merupakan program mingguan PPIM di bawah unit badan beruniform sekolah yang telah di adakan petang tadi.

Persatuan ini mementingkan gaya hidup yang sihat. Ianya bukan hanya dilakukan kepada perempuan sahaja tetapi secara amnya dilaksanakan juga kepada pelajar lelaki.

Bagi Pelajar perempuan ianya di adakan di dewan Asyatibi yang diketuai oleh Cik Rafiah dan pelajar lelaki di adakan di dataran imtiaz yang dikendalikan oleh koordinator Encik Wan Saidi bin Wan Muhamad.

Syabas diucapkan kepada persatuan PPIM Imtiaz Kuala Terengganu kerana telah menganjurkan program ini.

Aksi senamrobik