Tag: lawatan kerja

Lawatan Kerja Jabatan Perkhidmatan Awam Sempena Program Bengkel Pemurnian Kertas Cadangan Pengukuhan Perjawatan Yayasan Terengganu

Pada 3 Ogos 2026, pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sempena Program Bengkel Pemurnian Kertas Cadangan Pengukuhan Perjawatan Yayasan Terengganu yang berlangsung bagi meninjau pelaksanaan operasi serta keperluan perjawatan di institusi pendidikan di bawah Yayasan Terengganu.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada pihak JPA berhubung struktur organisasi, fungsi serta peranan warga sekolah dalam memastikan penyampaian pendidikan yang berkualiti. Di samping itu, sesi perbincangan turut diadakan bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan berkaitan cadangan pengukuhan perjawatan demi meningkatkan keberkesanan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan.

Sepanjang lawatan, delegasi telah dibawa meninjau persekitaran sekolah, kemudahan pembelajaran serta beberapa inisiatif dan program yang dilaksanakan bagi menyokong pembangunan akademik dan sahsiah murid.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan Yayasan Terengganu atas kesudian mengadakan lawatan kerja ini. Diharapkan jalinan kerjasama yang erat antara semua pihak akan terus diperkukuh demi memartabatkan kecemerlangan pendidikan serta memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan pendidikan di Negeri Terengganu.

Lawatan Kerja Pegawai Dari Pusat Bahasa Arab Selangor Darul Ehsan

Slide8SMIYT KTRG SBT , 6 April : Seramai 11 orang Pegawai dari Pusat Bahasa Arab Selangor Darul Ehsan telah mengunjungi sekolah pagi tadi.

Rombongan tersebut yang diketuai oleh Encik Bashasunnahar bin Puasa, Penyelia Pusat Bahasa Arab Negeri selangor telah disambut oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM , Ustaz Salleh Altabrisyi , Guru Arab , Cikgu Marhaini , Ketua Jabatan  dan Ustazah Zuraida , Guru Panitia Bahasa Arab.

Lawatan tersebut adalah bertujuan melihat perkembangan Bahasa Arab serta pembangunan sekolah. Taklimat khas telah diadakan di bilik Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan haji Ahmad Ridhuan.

Slide6Slide100e081ec4-8572-42c0-82b1-051ec3f44c0f57dc6edb-303f-4df3-bdfb-b63f8ff2af8752d3998c-5fd9-46bc-8645-355772881d27770c042f-a6eb-490d-86c5-0591f16a9aff

Gambar berikutnya DI SINI