Tag: catur

Catur : 4 Pelajar Layak Ke Bangkok dan Seorang Ke UAE

SMIYT KTRG SBT, 17 Febuari : Awal bulan ini  5 orang pelajar sekolah ini berjaya layak ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan catur apabila masing-masing mendapat kedudukan yang terbaik dalam pertandingan catur peringkat kebangsaan yang diadakan pada 1 hingga 3 Febuari 2013 bertempat di Negeri Perak baru-baru ini.

Dalam pertandingan National Age Group Chess Championship 2013, sekolah telah menghantar 8 orang pelajar yang terdiri daripada Umi Safiah binti Sa’adon, Nursyamimi binti Mohd Zin, Nur Aina binti Azizi, Nik Nur Aina Nafisah binti Nik Muhd Nasir, Ahmad Afiq bin Rambli, Aziz Abidin bin Azmi Puat, Muhd Fahim Hanif bin Muhd Fahmi Anuar dan Muhammad Khairil Asyraf bin Khairul Anuar.

Kesemua mereka telah mengharumkan nama Sekolah di mana 5 pelajar daripada mereka layak menyertai catur di peringkat Antarabangsa. Mereka yang dimaksudkan ialah Ahmad Afiq bin Rambli, Aziz Abidin bin Azmi Puat, Muhd Fahim Hanif bin Muhd Fahmi Anuar dan Muhammad Khairil Asyraf bin Khairul Anuar yang akan menyertai di peringkat Antarabangsa yang berlangsung di Bangkok pada bulan Jun 2013 nanti. Manakala pada bulan Ogos pula Muhammad Khairil Asyraf sekali lagi akan menyertai World Youth pertandingan catur di UAE.

Tidak lupa juga diucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada guru pengiring Cikgu Faridah binti Samat.

Sementara itu, dalam majlis yang diadakan di dewan Asyatibi semasa perhimpunan mingguan, Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah mengucapkan tahniah dan syabas kepada 4 orang pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat Negeri apabila memenangi pertandinga catur terbuka Terengganu yang telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) pada 16 Febuari baru-baru ini.

Mereka adalah Muhammad Khairil Asyraf bin Khairul Anuar mendapat tempat pertama manakala Aziz Abidin bin Azmi Puat mendapat tempat ketiga bagi kategori bawah 18 tahun lelaki. Manakala Nik Nur Aina Nafisah binti Muhd Nasir tempat ketiga dan Umi safiah binti Sa’adon bagi kategori 18 tahun perempuan.

Bengkel Celik Catur Tingkatan 1

SMIYT K.TRG SBT , 2 Februari : Seramai 125 pelajar tingkatan satu telah menghadiri bengkel Celik Catur di dewan Asyatibi. Ianya bermula jam 9 pagi tadi dan dijangka akan berakhir jam 1 petang nanti.

Menurut Setiausaha Sekolah, Cikgu Che Kadijah bt Abdullah, bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Arbiter Terengganu, Encik Mohd Arshad dalam usaha untuk memilih pemain catur yang berkaliber.

Menurut beliau lagi, bengkel ini juga memberi pendedahan kepada pelajar cara-cara atau kaedah yang sistematik bagaimana memulakan permainan dengan strategi yang tersusun.

2 Pelajar Sekolah Wakili Daerah Kuala Terengganu dalam Pertandingan Catur

KUALA TERENGGANU , 4 November : Sekalung tahniah dan syabas kepada pelajar sekolah ini yang dapat mewakili daerah Kuala Terengganu untuk menyertai pertandingan catur peringkat MSSM yang akan di adakan tidak beberapa lama lagi.

Terdahulu dari itu di peringkat saringan dalam Karnival 1 Murid 1 Sukan yang di adakan di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek pagi tadi, 2 pelajar telah mendapat tempat pertama dalam kategori lelaki dan perempuan.

Bagi kategori bawah 14 tahun peserta sekolah ini Aziz Abidin bin Azmi Puat dan Nik Nur Aina Nafisah mendapat tempat pertama setelah menewaskan lawan masing-masing.

Manakala Norsyamimi mendapat tempat ketiga. Bagi kategori bawah 16 tahun, Khairil Asyraf bin Khairil Anuar mendapat tempat ketiga.

Tahniah dan syabas untuk pelajar-pelajar SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

 

Catur : Afiq Rambli Tempat Ke 2 Peringkat Kebangsaan

KUALA TERENGGANU , 22 Oktober : Tahniah dan syabas kepada pelajar sekolah ini yang telah merangkul Naib Johan Catur Peringkat Kebangsaan yang telah di adakan di Universiti Sultan Zainal Abidin ( UNISZA ) baru-baru ini.

Beliau merupakan Naib Johan bagi kategori bawah 18 tahun. Pihak pengurusan sekolah serta seluruh warga SMIYTKTRG mengucapkan tahniah kepada beliau.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI