KUALA TERENGGANU, 23 Oktober: Program tabiat membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah.

Semua murid perlu diberi ruang dan peluang tanpa mengira latar belakang keturunan mahupun taraf sosio ekonomi agar anak anak dapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan memandangkan ilmu menjadi prasyarat dalam pembinaan tamadun bangsa.

Tema PM1M 2012 ialah “Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia”