Program Huffaz Qawwiy

Terengganu Equestrian Resort, 7 Sept 2025: Pihak sekolah telah menganjurkan sebuah program Huffaz Qawiy yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 1. Program ini dikategorikan sebagai latihan sambil belajar yang mana aktiviti tersebut dapat memberi peluang kepada murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari. Di samping itu, ia juga dapat melatih pelajar mendisiplinkan diri sepanjang proses latihan diadakan. Oleh itu, pihak Penyelaras Tingkatan 1 bersama-sama Unit Ulul Albab SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah merangka satu program sunnah untuk mengisi masa lapang dan juga untuk memupuk semangat kesukanan serta memberikan pembelajaran sepanjang hayat kepada murid dengan dunia luar. Program ini juga merupakan tunjang dalam memperkasakan serta memperkukuhkan lagi peribadi pelajar dalam menerajui serta memimpin diri sendiri dengan melengkapkan personaliti yang berwibawa. Sebagai salah satu aktiviti yang dirancang, program ini diharap dapat memberi pelbagai manfaat kepada para murid dalam mendedahkan diri kepada dunia luar. 

Objektif bagi program ini adalah:

  • Memberi pendedahahan kepada pelajar asas sukan sunnah.
  • Memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka bidang ilmu yang lain dan memberi peluang kepada mereka untuk berdikari.
  • Membina keseimbangan intelek, jasmani, emosi dan rohani semasa program.
  • Mewujudkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.

 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.