Karnival Idul Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2026/1448H


Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan cemerlang yang diterima dalam pelbagai kategori dan pengiktirafan sebagai JUARA KESELURUHAN BANIN Karnival Idul Ilmi 2026/1448H.

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha yang berterusan, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang tidak pernah luntur mampu melakar kecemerlangan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga iKT untuk terus berani mencabar diri, mengharumkan nama sekolah serta mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Hafazan Al-Quran Itqan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026

πŸ—“οΈ 14 Jun 2026
πŸ“ UIAM, Gombak

Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak soleh pintar IKT, Muhammad Aliff Firdaus Bin Mohd Risham, pelajar Tingkatan 2 di atas kejayaan menjadi Johan (Kategori 5 Juzuk Lelaki) Hafazan Al Quran Itqan Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M. Didoakan semoga terus melakar nama IKT di pentas yang lebih tinggi.

Public Speaking Competition

πŸ—“οΈ 15 Jun 2026
πŸ“ SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu

Congratulations to Alia Nur Zahra’ Binti Ghazlan (Form 2) for winning the 3rd place in Public Speaking Competition held in SMK Tengku Bariah today.

Bengkel Robotik & Pengaturcaraan Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz YT Bagi Pertandingan National Robotic Competition (NRC) Tahun 2026

πŸ—“οΈ 11-13 Jun 2026
πŸ“ SM Imtiaz YT Setiu

Pihak Yayasan Terengganu dengan kerjasama Sasbadi Learning Solutions Sdn. Bhd telah mengajurkan program ini bagi meningkatkan kemahiran teknologi robotik di kalangan pelajar Imtiaz. Peserta dari Imtiaz Kuala Terengganu telah mendapat Johan bagi kategori STEM Tarik Tali.