Larian Firqah 2026

Kejohanan Larian Firqah ini diadakan berlandaskan beberapa matlamat utama. Antaranya adalah untuk memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan. Memastikan lebih ramai pelajar yang dapat melibatkan diri melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas. Kejohanan ini bermula seawal 8.00 pagi melibatkan semua pelajar Tingkatan 2-4 SM Imtiaz Kuala Terengganu bagi memastikan mereka mendapat kredit dalam PAJSK.

Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Larian Firqah diteruskan pada pukul 11.30 pagi yang mana Johan Keseluruhan dijuarai oleh Firqah Mahabbah. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan larian sehingga ke garisan penamat. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang yang berjaya memberikan mata kepada rumah sukan masing-masing. Sekalung tahniah kepada semua rumah sukan yang mendapat tempat. Ribuan terima kasih kepada semua pengelola, pengurus, penaja, AJK, guru dan pelajar yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini.

Selamat maju jaya kepada pemenang yang terpilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah pada 29 Januari 2026 nanti.

Galeri gambar dan video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Bengkel Pemerkasaan Digital

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Selamat Datang Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2026

Selamat datang dan selamat menempuh alam sekolah menengah kepada semua pelajar Tingkatan 1.

Semoga perjalanan putera dan puteri baharu iKT dipenuhi dengan kejayaan, pengalaman bermakna serta pembentukan sahsiah terpuji, seiring kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Program Transisi & Pembentukan Karakter Pelajar: Sukaneka

Hari ke-5 tanpa PdPC, para pelajar didedahkan dengan aktiviti sukaneka yang bermula pada pukul 12.30 tgh sehingga 2.00 petang. Aktiviti sukaneka ini berlangsung dengan begitu meriah! Seronok melihat anak-anak pelajar iKT ketawa, berlari dan bermain dengan penuh semangat. Inilah saat mencipta kenangan manis bersama rakan pelajar dan para guru. Syabas semua, teruskan keceriaan ini!

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.