Bengkel Pengacaraan & Protokol Majlis 2025

Unit Perhimpunan dan Protokol Majlis sekolah telah menganjurkan sebuah bengkel Pengacaraan dan Protokol Majlis pada hari ini di Dewan As-syatibi, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang melibatkan 118 orang pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Badan Pengawas Asrama dan beberapa pelajar yang berminat dalam bidang pengacaraan. Pihak pengajur juga telah menjemput MC Diraja iaitu Tuan Haji Ahmad Syafri Husnaini bin Haji Mohamad daripada Jabatan Penerangan Negeri Terengganu sebagai moderator program ini.

Bengkel pengacaraan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar tersebut dalam mengendalikan majlis secara profesional. Bengkel ini merangkumi aspek teori dan praktikal, termasuk teknik pengacaraan, kawalan majlis, penggunaan gelaran rasmi, dan pembinaan keyakinan diri.

Objektif bagi bengkel pengacaraan ini adalah:
  • Memberi pendedahan dan pengetahuan dalam pengendalian pengacaraan dengan lebih jitu dan sistematik.
  • Mewujudkan dan mengembangkan potensi dalam diri pelajar yang ingin menjadi pengacara dalam sesuatu majlis.
  • Memberi kefahaman mendalam tentang cara melaksanakan tugas pengacaraan majlis dengan sempurna mengikut amalan protokol semasa.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Liqa’ Ulul Albab Kali Ke-3: Haji Wada’ & Pengajarannya

Program ini telah dianjurkan oleh pihak Badan Dakwah & Kerohanian sekolah yang mana peserta yang terlibat adalah semua pelajar Tingkatan 1 hingga 4. Program Liqa Ulul Albab dilaksanakan untuk menambahkan pengetahuan dan nilai tambah dalam diri pelajar. Silibus yang diguna pakai di dalam Liqa Ulul Albab adalah berdasarkan silibus BADAR KPM.

1️⃣ Menambah ilmu pengetahuan ahli Liqa’.
2️⃣ Mengasah bakat kepimpinan Nuqaba.
3️⃣ Mengeratkan ukhuwah sesama hali Liqa’.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Program ‘Heart to Heart’ SPM 2025

Lagoon, Kuala Ibai : Unit Bimbingan dan Kaunseling SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah mengadakan program Mock Interview dan “Heart to heart” kepada 97 orang calon SPM 2025 sekolah ini. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Mock Interview dan penulisan resume sebagai panduan apabila mereka ingin melangkah ke alam pekerjaan nanti.

Melalui program ini juga, ia dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk meluahkan rasa dari hati ke hati yang mana pelajar akan lebih dekat dan mesra dengan guru-guru atau mentor mereka. Program ini merupakan pelengkap kepada program mentor mentee yang mana pelajar juga akan mendapat mentor kumpulan belajar dan guru adalah daripada kalangan guru-guru yang mengajar mereka. Ini akan menambahkan lagi kemesraan dan semoga segala masalah pelajar dapat dikongsi bersama.

Sehubungan dengan itu, Unit Bimbingan & Kaunseling mengambil inisiatif bergabung tenaga bersama guru Projek Tingkatan 5 supaya program ini dapat dilaksanakan dengan jaya

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Perkongsian Pintar Nuqaba’ iKT & Kolej Quran Terengganu (KQT)

Kolej Al-Quran Terengganu, 6 Ogos 2025:  Pihak sekolah telah menganjurkan program Perkongsian Pintar di antara 43 orang Nuqaba’ iKT dan 20 orang pelajar Kolej Quran Terengganu (KQT).  Dewasa kini, remaja menghadapi seribu satu hambatan dan cabaran yang bersifat negatif jika dibandingkan unsur-unsur positif yang memberi kebaikan kepada diri mereka. Ini sangat memberi kesan yang sangat mendalam terhadap corak identiti, cara berfikir, emosi, personaliti, perkembangan dan sebagainya dalam diri mereka sehingga menimbulkan konflik pertembungan dengan apa yang mereka belajar dan apa yang mereka dapat dari pemerhatian luar.

Oleh itu, pihak Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) sekolah, cuba mengambil bahagian untuk mengimbangkan hambatan ini dengan mewujudkan usrah di peringkat sekolah. Mudah-mudahan program yang ini dapat mempersiapkan para naqib dan naqibah agar bersedia untuk mengendali usrah berkenaan dengan jayanya.

Antara objektif program adalah:

1️⃣ Meningkatkan kefahaman dan ilmu pengetahuan naqib dan naqibah mengenai asas-asas Islam.
2️⃣ Menyediakan diri naqib dan naqibah sebagai model kepimpinan.
3️⃣ Memberi pemahaman tentang peranan dan tanggungjawab naqib dan naqibah dalam membangunkan bi’ah solehah di sekolah.


Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.