SMK JERAM, MANIR , 10 Apr : Hari ini SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menjulang namanya apabila pasukan nasyid sekolah, tilawah bagi kategori lelaki dan perempuan masing-masing telah memenangi tempat pertama apabila diumumkan sempena Majlis Tadarus Al Quran dan Festival Nasyid peringkat Daerah Kuala Terengganu yang di adakan di SMK Jeram, Manir Kuala Terengganu tengahari tadi dan seterusnya akan mewakili Daerah Kuala Terengganu ke peringkat Negeri yang akan di adakan pada 20 dan 21 April di SMK Chukai, Kemaman.

Berikut adalah keputusan yang melibatkan pasukan dari SM Imtiaz Kuala Terengganu sahaja.

 

Pasukan Nasyid : JOHAN

Tilawah : Mohd Hasif bin Mohd Kamal : JOHAN

Tilawah : Aliaa Syafiqah bt Omar : JOHAN

Hafazan : Mohd Amir Fahmi : Naib Johan

Syarahan : Syarifah : Naib Johan

 

Tahniah dan syabas diucapkan