Category: Profil Pengurusan

Lawatan Penanda Aras dari SMK Agama Yan, Kedah.

Seramai 9 orang pihak pengurusan dari SMK Agama Yan, Kedah telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu bagi program lawatan penandaarasan dan perkongsian ilmu dengan sekolah ini. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendorong pertukaran pengetahuan, pengalaman dan penambahbaikan secara berterusan bagi menjamin kecemerlangan prestasi sekolah.

Ketibaan rombongan adalah sekitar pukul 9.00 pagi dan program dimulai dengan sesi fotografi di Dataran Ulul Albab. Kemudian pelawat telah dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar ucapan ringkas daripada kedua-dua pihak Pengetua dan seterusnya beberapa program lain seperti tayangan video korporat sekolah, tayangan slaid amalan terbaik sekolah, sesi soal jawab, menandatangani LOU dan penyampaian cenderahati. Secara keseluruhannya, program lawatan ini berakhir sekitar pukul 11.00 pagi.

Diharap lawatan ini mendapat manfaat dan impak positif untuk kedua-dua pihak sekolah bagi merangsang sekolah untuk mencari idea-idea yang lebih baik lagi untuk dilaksanakan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Majlis Persaraan Abi KO, Ustaz Md Nor Yahya

Ahad, 20 Julai 2025: Majlis “Sanjungan Budi, Lestari Kasih” telah diadakan untuk merayakan persaraan Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor Bin Yahya yang lebih mesa dengan panggilan “Abi KO”. Majlis diadakan sebagai menghormati dan memberikan penghargaan kepada beliau atas sumbangan dan perkhidmatannya selama ini.  Pelbagai acara termasuk persembahan badan beruniform, pencak silat, paluan kompang, ucapan, bacaan doa, dan penyampaian cenderamata dilangsungkan dengan penuh penghargaan bagi menghargai jasa beliau dalam dunia pendidikan.

Warga sekolah mengucapkan Selamat Bersara kepada Abi KO. Segala salah dan silap harap dimaafi. Semoga tautan kasih kami akan kekal utuh menjadi selingkar kenangan kepada Ustaz. Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi, sejambak bunga terima kasih, titipan kasih buatmu PK Kokurikulum.

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi Tuan dalam kenangan

Galeri gambar & video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Penolong Kanan Pentadbiran

Pengetua Ustaz Md Imran bin Md Nor

pengetua