Category: Maklumat Am

Produk Pandanus dan Styrfm Cutter Tarik Perhatian Juri Antarabangsa

Slide2KOREA : Pandanus yang merupakan produk hasil ciptaan guru sekolah ini serta styrfm Cutter telah menarik perhatian juri Antarabangsa apabila diistiharkan berjaya mendapat Gold medal dan Bronze medal dalam pertandingan yang diadakan di Korea University in Seoul pada 8 – 9 Ogos baru-baru ini.

Tahniah kepada guru Cikgu Saripah serta pelajar yang menyertai pertandingan ini. Pelajar yang mendapat Gold Medal ialah Amir Fahmi bin Abdullah , Alya Farhana binti Abdul Rasid dan Nur Ain Hazirah binti Mohd Nasir. Manakala Styrfm Cutter disertai oleh Mohd Taqiyuddin dan Mohd Faiz.

Slide1Slide3Slide4

Sekalung Tahniah kepada mereka yang telah mengharumkan nama di Peringkat Antarabangsa.

AL FATEH DRIVEN UMMAH

Jamuan Aidilfitri Anjuran Kakitangan Sekolah

Slide4SMIYT KTRG SBT , 10 Ogos : Majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kakitangan Sekolah telah diadakan hari ini. Ianya diadakan saban tahun.

Kelihatan semua guru dan kakitangan menghadiri majlis tersebut.

Tahniah dan syabas

Slide2Slide10Slide6

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Majlis Kesyukuran New Deals

Slide9SMIYT KTRG SBT , 3 Ogos : Masjlis Kesyukuran New Deals atau Baiah tahun 2013 telah diadakan tengahari tadi.

Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta semua guru dan kakitangan di atas kejayaan mendapat pengiktirafan ini selama 3 tahun berturut-turut.

Ramai yang hadir di majlis tersebut.

Slide2Slide6Slide11

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Majlis Ambang Aidilfitri 2014 dan Pengagihan Duit Raya

Slide14SMIYT KTRG SBT , 24 Julai : Satu majlis ringkas tapi penuh makna iaitu program ambang Aidilfitri telah diadakan hari ini sempena menyambut kedatangan 1 syawal 1435H iaitu kaum muslimin dan muslimat merayakan hari yang penuh kesyukuran ini setelah menempuh bulan ramadhan Al Mubarak.

Pihak sekolah juga telah memberikan sumbangan raya berbentuk duit raya kepada pelajar yang berkelayakan.Di akhir majlis, program bersalam-salaman antara guru dan pelajar menandakan tanda kasih guru terhadap anak didiknya.

 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

1435H / 2014M

MAAF ZAHIR & BATIN