Category: Kurikulum

Tahbib Lughah Arabiyyah

Slide2SMIYT KTRG SBT , 16 Februari : Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan penguasaan Bahasa Arab terutama kepada pelajar tingkatan satu yang baru mengenali bahasa ini.

Bagi memberi penjelasan dan kefahaman kepada pelajar tersebut, hari ini pihak sekolah telah mengundang seorang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di bawah unit Sektor Pendidikan Islam ( SPI ) Ustaz Yahya bin Wahab.

Semoga program ini dapat memberi kefahaman kepada pelajar agar mudah menguasai bahasa arab.

Slide4Slide6Slide3Slide1Slide5Slide7Slide10Slide11

Program Brother And Sister Hood

Slide22SMIYT KTRG SBT , 15 Februari : Program ini merupakan cetusan ilham barisan kepimpinan di Sekolah ini dan diterajui oleh Exco Displin dan Exco Tugas-tugas khas yang meyakini dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan tinggi, mempunyai peribadi yang terpuji serta jati diri dengan mengadakan pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah yang dijalankan.

Menyedari akan kepentingan Program Brother And Sister Hood ” We Care With Love ” seiring dengan matlamat sekolah yang mahukan pelajar yang mempunyai jalinan ukhuwwah yang erat bersama barisan pemimpin pelajar serta mewujudkan sebuah organisasi yang sistematik.

Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Md Nor bin Yahya , Penolong Kanan Kokurikulum.

Tahniah kepada barisan kepimpinan Pelajar.

Slide18Slide50Slide44

Gambar lain DI SINI

Bekas Pelajar SPM 2014 Curah Ilmu

IMG-20150212-WA0052SMIYT KTRG SBT , 15 Februari :ย Program bersama pelajar tingkatan 3 yang dikendalikan oleh bekas pelajar tingkatan 5 yang lalu. Ianya merupakan aktiviti asrama di bawah Unit HEM.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni asrama dikalangan pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan PT 3 nanti. Kerjasama yang diberikan oleh bekas pelajar ini diharap dapat memberi suntikan baru kepada mereka.

IMG-20150212-WA0051IMG-20150213-WA0042

Anis Atikah Pelajar Terbaik PT3 2014

Slide32SMIYT KTRG SBT , 22 Disember : Seramai 96 calon yang menduduki peperiksaan PT3 baru-baru telah diumumkan keputusan hari ini di Dewan Asyatibi.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar Tingkatan 3 kerana mendapat lulus 100%. Calon terbaik adalah seorang pelajar perempuan iaitu Anis Atikah binti Mazlan yang mendapat keputusan 11A.

Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abbdullah. Berikut adalah sebahagian ucapan beliau.

‘ Alhamdulillah , hari ini 22 disember adalah tarikh untuk mengumumkan keputusan Peperiksaan PT3 ย dan tahun ini merupakan tahun pertama format pentaksiran .

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar , guru dan semua ibubapa yang selama ini telah memberi komitmen kepada sekolah untuk memudahkan guru -guru berusaha membantu anak-anak kita terus cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran mereka dalam bidang akademik bahkan dalam semua hal.

Alhamdulillah untuk PT3 SM Imtiaz Kuala Terengganu tidak ada mencatatkan gagal.

Slide11Slide18Slide25

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Berikut adalah 20 pelajar terbaik dalam peperiksaan tersebut.

scan0001