Category: Kurikulum

Jalinan SAMBEST Berakhir Hari ini

Slide26SMIYT KTRG SBT , 14 Julai : Program jalinan antara Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dengan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah berakhir hari ini . Ianya bermula 11 Julai yang lalu.

Majlis penutupan program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman. Semoga program ini akan memberi suntikan baru kepada semua peserta kearah pemantapan mutu akademik seterusnya menjulang nama Sekolah masing-masing ke peringkat Negara.

Slide3Slide9Slide18

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Encik Mohamad bin Kassim Rasmi Anugerah Kecemerlangan SPM , PT3 dan I’dadi

Slide57SMIYT KTRG SBT , 28 April : Timbalan Pengarah ( Operasi ) Yayasan Terengganu , Encik Mohamad bin Kassim hari ini telah merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM , PT3 dan I’dadi 2015 di Dewan Asyatibi.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Encik Luthman bin Awang , Yang Dipertua MPIBG, Tuan Haji Mohd Zyulkifli bin Abu Bakar , Encik Khairi , Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah , serta Polis Perhubungan Sekolah.

Menyambut ketibaan mereka ialah diketuai oleh Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman serta semua Penolong Kanan, Ketua-ketua Jabatan serta guru.

Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada guru dan juga pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Awam bagi tahun 2015.

Dalam majlis tersebut juga , penghargaan khas telah diberikan kepada Team Inovasi yang diketuai oleh Cikgu saripah binti Embong yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat Antarabangsa sehingga memperolehi Gold Prize dan Special Award.

 

Slide15Slide26Slide28Slide34Slide46Slide56Slide70

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Encik Jain Rasmi 3 Program Serentak

Slide34SMIYT KTRG SBT , 4 April : Timbalan MPIBG , Encik Jain bin Awang hari ini telah merasmikan Pelancaran Wakaf Ilmu , Program Nilam dan Kdem Membaca 1Malaysia di dewan Asyatibi.

Terdahulu dari itu , beliau telah diiringi oleh Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman , Semua Penolong Kanan , Ketua Jabatan , guru serta pelajar.

Program ini bertujuan untuk mengumpul dana dan seterusnya disumbangkan kepada Pusat Sumber Sekolah. Ianya juga dapat meningkatkan masa membaca bahan yang berfaedah dalam kalangan pelajar.

Diamping itu juga, pelajar dapat menilai bahan bacaan dan memindahkan maklumat yang berkaitan dalam rekod membaca yang telah dikhaskan.

Dalam majlis ini, semua tetamu serta pelajar dapat melihat perembahan pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 yang begitu mengasyikkan.

Slide9Slide10Slide16Slide19Slide43

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Perembahan Pelajar – Video 1

Persembahan Pelajar – Video 2 ( sedang proses )

 

Guru KBT 2016

MOHAMAD KHIRMAN NAIM B ZAID 890804035581SMIYT KTRG SBT , 4 Mac : Baru-baru ini Sekolah telah menerima beberapa orang guru baru yang akan mengajar pelajar dalam kategori menghafaz Al-Quran.

Guru yang dimaksudkan ialah Guru KBT ( Kurikulum Bersepadu Tahfiz ) dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga mereka ini akan memberi khidmat yang terbaik kepada pelajar sekolah ini.

 

Senarai guru KBT 2016( GAMBAR ) , klik DI SINI