DUNGUN, 12 Apr : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama terengganu ( MASMAT ) telah membuka tirainya hari. Ianya di adakan di UITM Dungun Terengganu. Pesta Sukan bermula pada 12 dan berakhir pada 14 April 2012.
Category: Kokurikulum
Nasyid , Tilawah Layak Ke Peringkat Negeri

SMK JERAM, MANIR , 10 Apr : Hari ini SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menjulang namanya apabila pasukan nasyid sekolah, tilawah bagi kategori lelaki dan perempuan masing-masing telah memenangi tempat pertama apabila diumumkan sempena Majlis Tadarus Al Quran dan Festival Nasyid peringkat Daerah Kuala Terengganu yang di adakan di SMK Jeram, Manir Kuala Terengganu tengahari tadi dan seterusnya akan mewakili Daerah Kuala Terengganu ke peringkat Negeri yang akan di adakan pada 20 dan 21 April di SMK Chukai, Kemaman.
Berikut adalah keputusan yang melibatkan pasukan dari SM Imtiaz Kuala Terengganu sahaja.
Pasukan Nasyid : JOHAN
Tilawah : Mohd Hasif bin Mohd Kamal : JOHAN
Tilawah : Aliaa Syafiqah bt Omar : JOHAN
Hafazan : Mohd Amir Fahmi : Naib Johan
Syarahan : Syarifah : Naib Johan
Tahniah dan syabas diucapkan
Alif Fahmi Diberi Penghargaan
KUALA TERENGGANU , 8 Apr : Baru-baru ini, SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menghantar satu pasukan nasyid serta tilawah ke Festival Nasyid dan Tilawah sekolah Kluster Kecemerlangan peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di SM Seri Jengka, Pahang.
Dalam keputusan yang diumumkan, pasukan Nasyid menduduki tempat ke 4, tilawah lelaki tempat ke 2 dan tilawah perempuan tempat ke 3.
Manakala Solo terbaik nasyid sekolah Kluster peringkat kebangsaan bagi tahun 2012 telah dimenangi oleh Mohd Alif Fahmi bin Sabri pelajar tingkatan 2. Beliau telah menunjukkan kehebatan dengan memalu conga serta mengalunkan nyayian nasyid sehinggakan para juri tidak teragak-agak untuk menganugerahkan solo terbaik kepada beliau.
Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.
Lafaz Ikrar Dari Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya
KUALA TERENGGANU , 8 Apr : Pengawas Pusat Sumber Sekolah ( PPSS ) dan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) telah melafazkan ikrar petang tadi di hadapan Semua Penolong Kanan serta guru yang berlangsung di dewan Asyatibi.
Mereka telah melafazkan janji taat setia serta akan menjalankan tugas dengan penuh tabah bagi menaikkan nama sekolah di peringkat dalaman mahupun luaran.
gambar lafaz ikrar

