Category: Kokurikulum

Terengganu Junior Master Challenge Siri 3

KUALA TERENGGANU , 9 September : Kejohanan berprestij ini akan diadakan pada 15 September ini iaitu hari sabtu bertempat di SMIYT Kuala Terengganu.

Kejohanan ini dianjurkan secara serentak dengan kejohanan terbuka Imtiaz Kuala Terengganu dan turut menawarkan hadiah wang tunai.

Ianya terbuka kepada semua  termasuk pemenang-pemenangdalam siri-siri yang lalu.

HADIAH:
Hadiah terbahagi kepada dua kategori:
HADIAH WANG TUNAI UNTUK KATEGORI TERBUKA IMTIAZ KT (Semua Pemain):
     Johan              RM100.00
     Naib Johan     RM80.00
     Ke-3               RM60.00
     Ke-4               RM50
     Ke-5               RM40.00
     Ke-6               RM30.00
HADIAH UNTUK KATEGORI TERENGGANU JUNIOR MASTER SIRI 3 (Hanya pemain yang belum pernah memenangi mana-mana siri Terengganu Junior Master Challenge sebelum ini):
BIL
KETEGORI
TEMPAT
LELAKI
PEREMPUAN
1.
Terbuka
Tempat 1 – 5
Medal
Sijil
Medal
Sijil
2.
Bawah 14 Tahun
Tempat 1 – 3
Medal
Sijil
Medal
Sijil
3.
Bawah 12 Tahun
Tempat 1 – 3
Medal
Sijil
Medal
Sijil
4.
Terbaik Penganjur
Medal
Sijil
Medal
Sijil
* Sijil turut disediakan untuk semua peserta.
* Semua pemenang dalam kategori Terengganu Junior Master challenge dikira layak menyertai Kejohanan   akhir peringkat negeri, TERENGGANU JUNIOR MASTER CHESS CHAMPIONSHIP.

JADUAL KEJOHANAN:

     Pendaftaran    :           8.00  –  9.00 pagi
     Pusingan 1       :           9.30  –  10.30 pagi
     Pusingan 2       :           10.30  –  11.30 petang
     Pusingan 3       :           11.30  –  12.30 tgh
     Pusingan 4       :           12.30  –  1.30 tgh
     Pusingan 5       :           2.30  –  3.30 petang
     Pusingan 6       :           3.30  –  4.30 petang
     Pusingan 7       :           4.30  –  5.30 petang
     Penyampaian  :           6.00  –  6.30 ptg.
     Hadiah

YURAN PENYERTAAN

1.   Ahli TCA                      –           RM10.00
2.   Bukan Ahli                   –           RM15.00
Sila hantarkan penyertaan selewat-lewatnya pada hari SELASA 11 SEPTEMBER, 2012 jam 4.00 Petang. Penyertaan boleh dihantar melalui sms ke 013 9333393 atau email tchess@gmx.com. Sila nyatakan Nama, Jantina, Tarikh Lahir dan Nombor Ahli TCA (Jika ahli TCA) serta nombor telefon untuk dihubungi. Sila sahkan kekosongan tempat terlebih dahulu sebelum mendaftar. Bayaran boleh dibuat pada hari pertandingan.
*  Untuk pengesahan kekosongan tempat dan sebarang keterangan lanjut, sila hubungi En. Sabirin 013 9333393.

Kontinjen SMIYT Kuala Terengganu Segak Bergaya

KUALA TERENGGANU , 31 Ogos : Upacara perbarisan sempena Hari Bulan Kemerdekaan kali ke-55 berjalan dengan lancar apabila semua kontinjen dari pelbagai peringkat samada sekolah, Jabatan kerajaan dan badan berkanun serta swasta mengambil bahagian dalam program gilang gemilang ini.

Ianya telah diadakan bermula di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di Pantai Batu Buruk.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Walaupun tidak mendapat kedudukan terbaik setelah keputusan diumumkan namun pujian harus diberi kepada kontinjen SMIYT Kuala Terengganu yang telah menunjukkan semangat yang tinggi dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Pujian juga harus berikan kepada semua jawatankuasa di peringkat sekolah yang begitu cakna dan sentiasa berada bersama pelajar semasa sesi latihan.

Keputusan bagi kategori sekolah bukan badan beruniform

JOHAN : SMA KHARIAH KUALA TERENGGANU

NAIB JOHAN : SMA SULTAN ZAINAL ABIDIN LADANG, KUALA TERENGGANU

KETIGA : SMK MANIR KUALA TERENGGANU

Tahniah dan syabas

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

 

Peer Coaching

KUALA TERENGGANU , 5 Ogos : Program ini telah diadakan pada 29 julai yang lalu bertempat di bilik Kuliah.

Tujuan program ini adalah untuk membimbing pelajar target dan dipantau oleh pelajar elit serta membuat study group. Sasaran dalam percubaan SPM 2012 nanti adalah sekurang-kurangnya minimum C.

Program ini telah dirasmikan oleh oleh Tuan Haji Jain bin Awang, Timbalan YDP MPIBG. Turut hadir dalam majlis tersebut Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Pengarah Projek SPM 2012, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar serta beberapa orang guru.

Pelancaran 80 Hari Menjelang PMR 2012

KUALA TERENGGANU , 18 Jul : Majlis pelancaran 80 Hari Menjelang PMR 2012 , Peer Coaching dan Kelompok samudera telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Luminous Pearls merupakan cetusan idea oleh Puan Pengetua sendiri. Beliau ingin melihat kecemerlangan dan kejayaan di kalangan pelajar tingkatan 3 dan tidak mustahil akan mendapat tempat yang terbaik di kalangan sekolah yang lain. Menurutnya lagi, orang yang selalu berangan-angan tidak akan berjaya.

Terdahulu dari itu, Pengarah Projek PMR 2012, Tuan haji Mohd Amin Faisal menyatakan untuk menjadi pelajar yang cemerlang, akhlak amatlah penting sekali dalam kehidupan pelajar dan perlu menghormati guru.

Tambahnya lagi, pelajar juga perlu sentiasa melaksanakan ibadah kepada Allah agar Allah memberikan kekuatan untuk menghadapi peperiksaan nanti.

Gambar selanjutnay SILA KLIK DI SINI