Category: Kokurikulum

Mesyuarat Agung Kelab / Persatuan Bersidang Hari Ini

SMIYT K.TRG SBT , 8 Januari : Sebanyak 14 Kelab / Persatuan di bawah unit Kokurikulum dan 8 kelab Elit  di bawah pengurusan Ulul Albab telah mengadakan mesyuarat Agung jam 3.30 petang tadi.

Menurut Setiausaha KOKU, Puan Rozila binti Sulong, mesyuarat pada petang ini merupakan Mesyuarat Agung kali Pertama bagi tahun 2013. Beliau memaklumkan antara agenda mesyuarat kali ini adalah untuk melantik ahli jawatankuasa baru setiap unit serta mengadakan perbincangan mengenai aktiviti yang perlu dilaksanakan pada tahun ini.

Menurutnya lagi, Key Performance Indexs ( KPI ) unit juga dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Kelab / persatuan yang dimaksud adalah :

Unit Kokurikulum

1.Bahasa

2.Kemanusiaan

3.PAI & Bahasa Arab

4.Komputer

5.Kerjaya

6.Usahawan Muda

7.KHB

8.Seni Silat Gayong

9.Taekwando

10.Pengguna

11.Kesenian Islam

12.Saintis Muda

13.Catur

14.Memanah

 

Pengurusan Ulul Albab

 

1.Renang

2.Berkuda

3.Solar

4.Robotik

5.Avionik

6.KKQ

7.Bahasa Mandarin

8.Bahasa Perancis

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Mesyuarat Agung Badan Beruniform 2013

SMIYT K.TRG SBT, 1 Januari  : Sebanyak 6 unit badan beruniform telah mengadakan mesyuarat Agung jam 4 petang tadi  iaitu pada hari pertama persekolahan bagi tahun 2013. Antaranya ialah Kadet Bomba, Pengakap, PBSM, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya, tujuan diadakan mesyuarat ini adalah untuk melantik pengerusi dan jawatankuasa baru setiap unit. Tambahnya lagi, setiap unit perlulah membuat perancangan aktiviti sepanjang tahun 2013  agar ianya dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan
.

 

Gambar selanjutnya klik DI SINI

Peserta Taekwando SMIYT Kuala Terengganu Johan Keseluruhan Peringkat Negeri Terengganu

KUALA TEERENGGANU, 5 November : SMIYT Kuala Terengganu mencipta sejarah apabila peserta taekwando muncul Johan Keseluruhan Anjuran Persatuan Taekwando Negeri Terengganu dengan membawa pulang 10 emas, 8 perak dan 11 gangsa.

Bukan itu saja, peserta taekwando sekolah iaitu Mohd Adli bin Razak pelajar tingkatan 3 muncul peserta terbaik peringkat Negeri Terenganu kategori 17 tahun ke bawah.

Pertandingan ini telah di adakan di Universiti Sultan Zainal Abidin( UNISZA) Gong Badak baru-baru ini. Ianya dianjurkan oleh Persatuan Taekwando Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Taekwando Najmi dan Pelajar Ko-Taekwando UNISZA.

 

Berikut adalah keputusan penuh yang melibatkan peserta sekolah sahaja.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

2 Pelajar Sekolah Wakili Daerah Kuala Terengganu dalam Pertandingan Catur

KUALA TERENGGANU , 4 November : Sekalung tahniah dan syabas kepada pelajar sekolah ini yang dapat mewakili daerah Kuala Terengganu untuk menyertai pertandingan catur peringkat MSSM yang akan di adakan tidak beberapa lama lagi.

Terdahulu dari itu di peringkat saringan dalam Karnival 1 Murid 1 Sukan yang di adakan di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek pagi tadi, 2 pelajar telah mendapat tempat pertama dalam kategori lelaki dan perempuan.

Bagi kategori bawah 14 tahun peserta sekolah ini Aziz Abidin bin Azmi Puat dan Nik Nur Aina Nafisah mendapat tempat pertama setelah menewaskan lawan masing-masing.

Manakala Norsyamimi mendapat tempat ketiga. Bagi kategori bawah 16 tahun, Khairil Asyraf bin Khairil Anuar mendapat tempat ketiga.

Tahniah dan syabas untuk pelajar-pelajar SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI