Category: Kokurikulum

Imtiaz Kuala Terengganu Johan Drama Bahasa Inggeris Peringkat KTS 2013

Slide129SMIYT KTRG SBT , 26 Jun : Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai Drama Bahasa Inggeris Peringkat Kuala Terengganu Selatan ( KTS ). Ianya telah diadakan di dewan Asyatibi Imtiaz K.Trg pada 23 Jun yang lalu.

Dengan bimbingan mantap daripada Cikgu Nurhakimah dan Puan Hasbee, pasukan drama sekolah ini telah berjaya merangkul tempat pertama menewaskan 6 buah sekolah yang lain.

Tahniah kepada peserta cemerlang sekolah ini dan juga syabas kepada guru pembimbing yang tidak jemu memberi suntikan motivasi kepada mereka.

Semoga kejayaan ini terus dikecapi dari masa kesemasa. Pada peringkat akhir nanti akan diadakan pada 3 Julai di SMK Rantau Petronas.

Slide108Slide120Slide107

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Tahniah!! Khairil Asyraf Naib Johan Catur Peringkat Antarabangsa

Slide72THAILAND , 18 Jun : Pertandingan Catur 14th Asian Age Group Chess Championship 2013 telah diadakan di Mae Ping Hotel, Chiang Mai, Thailand yang bermula pada 5hb dan berakhir pada 14 Jun baru-baru ini menyaksikan 2 orang pelajar sekolah ini yang mewakili Malaysia telah memberikan kejutan apabila memperolehi 1 perak dan 2 gangsa.

Malaysia telah menghantar 41 peserta dan 2 orang daripadanya adalah dari SM Imtiaz Kuala Terengganu. Beliau ialah Khairil Asyraf bin Khairil Anuar dan Mohd Fahim Hanif bin Mohd Fahmi Anwar yang diiringi oleh Cikgu Kadijah binti Abdullah selaku guru pengiring.

Slide1

Dalam pertandingan tersebut, Khairil Asyraf telah mendapat pingat perak melalui kategori Blitz bawah 18 tahun. Manakala Bagi kategori kumpulan, beliau bersama Mohd Fahim Hanif memperolehi pingat gangsa.

Dalam pertandingan ini seramai 520 peserta daripada 14 buah negara telah menyertai pertandingan tersebut. Antaranya ialah Malaysia, Thailand, Singapura, Myammar, Rusia, India, Monggolia, Indonesia, China, Laos, brunai serta Filipina.

Tahniah dan syabas kepada mereka berdua kerana mengharumkan nama Malaysia, Negeri serta sekolah di peringkat Antarabangsa.

SYABAS PELAJAR SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU

Slide85Slide93Slide91

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

KRS ( L ) Johan Keseluruhan Perkhemahan & Kawad Kaki Badan Beruniform 2013

Slide1SMIYT KTRG SBT , 15 Jun : Masuk hari terakhir Perkhemahan dan Kawad Kaki Badan Beruniform 2013. Pada hari ini diadakan acara kemuncak iaitu Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform. Ianya diadakan di dataran Imtiaz bermula jam 9.00 pagi.

Sebanyak 11 persatuan menyertai acara ini. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Tamidi bin Sidek, Penolong Pengarah Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Turut mengiringi beliau ke majlis tersebut ialah Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEP yang mewakili Puan Pengetua, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penolong Kanan Kokurikulum serta semua guru penasihat persatuan.

Saksikan video bagi Johan Kawad Kaki – KRS ( L )

Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan.

MALAM KEBUDAYAAN

KATEGORI LELAKI

JOHAN – PENGAKAP

NAIB JOHAN – KADET POLIS

KETIGA – PBSM

 

KATEGORI PEREMPUAN

JOHAN – KADET POLIS

NAIB JOHAN – KADET BOMBA

KETIGA – PENGAKAP

 

MERENTAS HALANGAN

KATEGORI LELAKI

JOHAN – KADET BOMBA

NAIB JOHAN – KRS

KETIGA – PENGAKAP

 

KATEGORI PEREMPUAN

JOHAN – PENGAKAP

NAIB JOHAN – PPI

KETIGA – KADET POLIS

 

KHEMAH TERBAIK

JOHAN

LELAKI – PENGAKAP

PEREMPUAN – PENGAKAP

 

MODEL KHEMAH TERBAIK

JOHAN

LELAKI – PENGAKAP

PEREMPUAN – PPI

 

KAWAD KAKI

KATEGORI LELAKI

JOHAN – KRS

NAIB JOHAN – KADET BOMBA

KETIGA – PENGAKAP

 

KATEGORI PEREMPUAN

JOHAN – PBSM

NAIB JOHAN – KADET POLIS

KETIGA – KADET BOMBA

 

JOHAN KESELURUHAN

KRS ( L )

 

TAHNIAH DAN SYABAS

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Aktiviti Perkhemahan Hari Ke 2 Cukup Meriah

Slide57SEBERANG TAKIR, 14 Jun : Masuk hari ke 2 perkhemahan, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan pada sebelah pagi dan petang.

Pada sebelah pagi, pemeriksaan khemah telah dijalankan dan permainan paintball. Manakala sebelah petang pula telah diadakan aktiviti merentas halangan. Pelbagai gelagat lucu dan menarik kelihatan pada hari ini.

Terdahulu dari itu pada sebelah malam, aktiviti persembahan kebudayaan diadakan.

Slide13Slide72Slide109

Lihat aksi menarik peserta perkhemahan DI SINIย 

LOGO & LAGU

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

LOGO IMTIAZ

LAGU IMTIAZ

Ya rabbi anta maksudi
Keredaanmu tuntutan kami
Imtiaz KOSPINT kami sayangi
Mendidik kami erti insani

Allah dan rasul dalam ingatan
Quran dan hadis jadi pegangan
Akhlak Al-Quran diterapkan
Ilmu dan budi jadi asuhan

Akademik cemerlang pemimpin terbilang
Menerajui ummah penuh gemilang
Imtiaz KOSPINT kami sanjungi
Namamu tersemat di sanubari

Lirik Lagu:
Pn. Mardziah Che Abdullah (Mantan Pengetua)

Komposer Lagu:
En. M. Shahril M. Anip

HUBUNGI KAMI

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

๐Ÿ“ž
TELEFON 09-619 5111
๐Ÿ“ 
FAKS 09-619 5112
๐Ÿ“ง
E-MEL TFT3004@moe.edu.my
๐Ÿ“ ALAMAT SEKOLAH

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Kg. Banggol Karah, Serada,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.

๐Ÿ“ LOKASI SEKOLAH

ALUAN PENGETUA

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

MD IMRAN BIN MD NOR

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, laman sesawang rasmi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dapat menjadi wadah perkongsian maklumat, pencapaian, aktiviti serta perkembangan sekolah kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, alumni dan masyarakat.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi laman sesawang rasmi sekolah ini. Sesungguhnya, dunia pendidikan sentiasa berkembang seiring dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi. Justeru, kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan menjadikan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh komunikasi, menyebarluaskan maklumat serta membina jaringan yang lebih erat antara sekolah dengan komuniti.

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu sentiasa komited dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak, berketerampilan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan Imtiaz.

Dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini, seluruh warga sekolah perlu bergerak sebagai satu pasukan.

Saya yakin dengan semangat kebersamaan, kesungguhan dan komitmen seluruh warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, kita mampu terus mencipta kecemerlangan dan mengangkat nama sekolah di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang bukan sahaja melahirkan huffaz yang menghafaz Al-Quran, tetapi juga huffaz yang menghayati, memahami dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga segala usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.

โ€œMelahirkan Generasi Huffaz yang Berilmu, Berakhlak dan Berdaya Saing.โ€

Sekian, terima kasih kerana melayari laman sesawang kami.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MD IMRAN BIN MD NOR
PENGETUA CEMERLANG
SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU
× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Datoโ€™ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November 1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Bangunan KOSPINT
Bangunan Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Penubuhan KOSPINT

Pintu masuk KOSPINT
Pintu masuk Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 Jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan.

Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 23 Julai 2000.

Perasmian rasmi KOSPINT
Perasmian rasmi KOSPINT oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Bas KOSPINT
Bas Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu. Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%. Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd.

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Allahyarham Datoโ€™ Razali Bin Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untukย Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 โ€” MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 โ€” MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 โ€” MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 โ€” MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 โ€” MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 โ€” MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 โ€” MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 โ€” PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.