Category: Kokurikulum

Kem Kepimpinan Ulul Albab MPM Tahun 2026

Program Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 21-23 April 2026 bertempat di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu dengan menghimpunkan 80 orang barisan Majlis Perwakilan Murid dari seluruh SMIYT.

Sepanjang tiga hari program, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian yang merangkumi sesi taklimat, LDK, aktiviti indoor dan outdoor, riadah, pengukuhan sahsiah serta latihan kepimpinan yang menekankan nilai amanah, disiplin dan tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar.

Sumber Photo: FB Imtiaz Yayasan Terengganu

Program Pembangunan Awal Aeroangkasa

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya program yang memberi pendedahan awal dalam bidang aeroangkasa kepada para pelajar Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu dan SMK Bukit Sawa. 

Sepanjang 21 hingga 23 April 2026, para peserta berpeluang menimba ilmu dan pengalaman berharga melalui lawatan serta sesi interaktif di :
  • UniKL MIAT
  • Politeknik Banting
  • AIROD Sdn Bhd
  • Galaxy Aerospace

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak terutamanya pihak Yayasan Terengganu dan SMK Bukit Sawa yang telah menjayakan program ini.

 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Kejohanan Memanah MSSD Kuala Terengganu

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Anak Soleh Pintar iKT:

Tempat Ke-4:
LUTFIL HAKIM BIN MUSTAFA (3 NAFI’)

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Terengganu International Science Fair 2026

Tahniah & Syabas kepada Anak Solehah Pintar iKT:

  • Aira Nur Maisarah Binti Abdullah Fuad
  • Nur Aiesya Khadeja Binti Mohd Yazid
  • Ummu Sofiyyah Binti Abdul Mubin
 
Tahniah diucapkan atas kejayaan cemerlang merangkul tiga anugerah berprestij:
  • Special Award TISF – Blue Ocean Beyond Horizons
  • Gold Medal – i-DEWS
  • Gold Medal – Blue Ocean

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.