Category: Kokurikulum

Ceramah Ambang Ramadhan dan Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan 1434H

Slide10SMIYT KTRG SBT , 9 Julai : Satu ceramah telah diadakan petang tadi sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang akan tiba pada esok hari. Pihak Sekolah telah mengundang seorang pendakwah bebas bersama kumpulan Qasidahnya iaitu Ustaz Mustafa Kamal bin hamzah dari Madrasah Al Hidayah Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Sebelum ceramah dimulakan terlebih persembahan Qasidah dari kumpulan Al Hidayah telah mempersembahkan Qasidah. Semua pelajar dan guru begitu tertarik dengan alunan Qasidah tersebut.

Seterusnya ceramah mengenai bulan ramadhan dan kepentingannya telah disampaikan oleh Ustaz Mustafa Kamal.

Manakala pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan 1434H telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Akademik, Ustazah Faidahnam binti Busu.

Slide26Slide30Slide32

Qasidah 1

Qasidah 2

Qasidah 3

Qasidah 4

Qasidah 5

Qasidah 7

Tazkirah oleh Ustaz Mustafa Kamal

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Dataran Imtiaz K.Trg “Terbakar”

Slide20SMIYT KTRG SBT , 8 Julai : Semua pelajar terkejut apabila melihat kepulan asap di dataran. Semua pelajar dan guru bertempiaran lari menyelamatkan diri. Kebetulan Pasukan Bomba lalu di tempat kejadian. Keadaan kembali terkawal.

Ianya merupakan latihan kebakaran yang diadakan setiap tahun bagi memberi pendedahan bagaimana untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran sebenar. Pasukan bomba yang diundang memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada semua pelajar.

Latihan menggunakan alat pemadam api telah dilakukan oleh seorang pelajar dalam demostrasi ini.

Slide18Slide11Slide24

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Drama Bahasa Inggeris Dapat Saguhati

dramaSMK RANTAU PETRONAS , 5 Julai : Walaupun tidak mendapat kedudukan terbaik dalam pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 3 julai yang lalu namun peserta drama rasa berpuashati  dan gembira.

Pihak pengurusan sekolah juga mengucapkan syabas dan tahniah kerana menunjukkan pretsasi yang tinggi serta kehebatan berdrama miskipun hanya mendapat saguhati sahaja.

ingger

Video Drama Bahasa Inggeris

Imtiaz Kuala Terengganu Johan Drama Bahasa Inggeris Peringkat KTS 2013

Slide129SMIYT KTRG SBT , 26 Jun : Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai Drama Bahasa Inggeris Peringkat Kuala Terengganu Selatan ( KTS ). Ianya telah diadakan di dewan Asyatibi Imtiaz K.Trg pada 23 Jun yang lalu.

Dengan bimbingan mantap daripada Cikgu Nurhakimah dan Puan Hasbee, pasukan drama sekolah ini telah berjaya merangkul tempat pertama menewaskan 6 buah sekolah yang lain.

Tahniah kepada peserta cemerlang sekolah ini dan juga syabas kepada guru pembimbing yang tidak jemu memberi suntikan motivasi kepada mereka.

Semoga kejayaan ini terus dikecapi dari masa kesemasa. Pada peringkat akhir nanti akan diadakan pada 3 Julai di SMK Rantau Petronas.

Slide108Slide120Slide107

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI